Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pembiayaan Bersih Sektor Swasta...

KUALA LUMPUR - Pembiayaan bersih kepada sektor swasta mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 5.4...

Mahathir Sah Diarah Serah...

KOTA BHARU - Istana Kelantan di sini secara rasmi menarik balik pingat kebesaran...

COVID-19 Di China, Korban...

BEIJING - Jumlah korban akibat COVID-19 di China meningkat kepada 2,746 orang, kata...

ETS Tawar Koc Kelas...

KUALA LUMPUR - Dalam usaha memberikan pilihan keselesaan kepada pengguna, Perkhidmatan Tren Elektrik...

23 Mangsa Di Kuala Lipis Dipindahkan Ekoran Banjir

KUANTAN – Seramai 23 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Beletik, Lubuk Kulit, Kuala Lipis dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan kawasan rumah mereka dilanda banjir, malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lipis, Haslizan Ramli berkata kesemua mangsa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit, setelah rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat, semalam.

“Pihak bomba menerima laporan memaklumkan tentang banjir di kawasan itu pada 10.03 malam tadi dan tiba di kampung berkenaan yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai itu setengah jam kemudian.

“Sebaik tiba kesemua mangsa didapati telah dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan dengan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.


Beliau berkata banjir dipercayai berlaku akibat limpahan air sungai berhampiran ekoran hujan lebat di kawasan hulu, semalam, dan keadaan itu dijangka beransur pulih esok. – BERNAMA

Kategori