Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

51,400 Hartanah Tidak Terjual...

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 51,400 unit hartanah dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM36...

Pengakhiran Buat PR Andai...

Dalam satu kenyataan, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP berkata,...

Troll Kereta Mewah Dan...

ALKISAH gara-gara terlalu teruja ingin sangat mempamerkan kemewahan yang 'dimiliki', seorang individu lelaki,...

Penarik Kereta Dijel Simpan...

KUALA LUMPUR -Ā Padah menyimpan sebuah motosikal curi dan mencuri sebuah bateri kereta, seorang...

2,300 Kereta Klon Disita Dari 2016 Hingga Julai 2017

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,300 kereta klon disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dari 2016 sehingga Julai tahun ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Menyifatkan kegiatan itu masih membimbangkan, beliau yakin Sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang akan dilaksanakan di negara ini tidak lama lagi akan dapat membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Kita yakin dengan pelancaran VEP kelak dapat mengekang kegiatan ini. Bagaimanapun, kita menasihatkan pada masyarakat supaya berhati-hati apabila mendapat tawaran murah untuk memiliki kereta-kereta ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2017 anjuran JPJ dan rakan niaga JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada JPJ, kebanyakan kereta klon asing mudah didapati di Kelantan dan Johor selain jenis kenderaan yang ditawarkan sukar untuk didapati di negara ini.

Mengulas pelaksanaan liberalisasi insurans kenderaan yang berkuat kuasa 1 Julai, Abdul Aziz berkata ia dapat mendidik masyarakat supaya lebih berhati-hati dan memandu dengan berhemah di jalan raya.


Beliau berkata kaedah ini mendidik pemandu untuk memastikan rekod mereka bersih dan memandu dengan lebih berhemah bagi mengelak kemalangan dan menanggung kadar insurans yang lebih tinggi.

Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan langkah liberalisasi tarif insurans motor dengan memperkenalkan penetapan harga fleksibel untuk caj premium insurans kenderaan komprehensif dan insurans kebakaran dan kecurian kenderaan berkuat kuasa 1 Julai, 2017.

Di bawah kaedah penetapan harga baharu itu, selain jumlah diinsuranskan, kapasiti dan usia kenderaan beberapa aspek lain seperti keadaan dan ciri-ciri keselamatan kenderaan dan rekod kesalahan trafik juga akan menentukan premium insurans berkenaan. – BERNAMA

Kategori