Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sekolah Kendali Program Linus...

KOTA KINABALU – Pelaksanaan program Saringan Literasi dan Numerasi (Linus) di peringkat sekolah...

Keluarga Wanita Rayu Orang...

KOTA BHARU - Keluarga wanita berusia 26 tahun yang dipukul dalam keadaan bogel...

Tuduh Speaker: Tiga MP...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan Parlimen dituntut mengambil tindakan terhadap tiga anggota Parlimen...

Hospital Tampil Perjelas Dakwaan...

HOSPITAL swasta yang dikatakan memecat seorang jururawat wanita gara-gara menutup aurat, akhirnya tampil...

27 Tan Beras Tumpah ‘Tarik’ Perhatian Penduduk

SHAH ALAM, 27 Julai (Bernama) — Tumpahan beras kira-kira 27 tan yang dibawa oleh sebuah treler dalam satu kejadian di Jalan Tali Air 3, Tanjong Karang, dekat sini malam tadi, ‘menarik’ perhatian penduduk setempat yang berpusu-pusu mengutipnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang Azmi Abbas berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tumpahan beras itu pada 10.55 malam dan tiba lima minit kemudian.

Katanya, treler yang membawa muatan 40 tan beras dari arah Sitiawan, Perak menuju ke Senai, Johor itu bagaimanapun tidak terlibat dalam sebarang kemalangan.

Insiden berkenaan berkemungkinan berlaku disebabkan keadaan permukaan laluan yang tidak rata, berikutan kerja menambah baik jalan raya itu sedang dilakukan.

“Ketika jentera tiba, ramai penduduk setempat sedang berusaha membersihkan jalan raya itu menggunakan penyedok, namun tumpahan beras itu terlalu banyak.


“Bomba mengambil masa kira-kira satu jam membersihkan jalan tersebut dengan cara menyembur air untuk mempercepatkan proses,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Kejadian tumpahan beras di jalan raya dua lorong itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas hampir tiga kilometer, apabila hanya satu lorong yang boleh digunakan sehingga kerja pembersihan tamat. – BERNAMA

Kategori