Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Salahuddin Nafi Guna Dana...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub menjelaskan di...

Pembantu Guru Tabika Menang...

KUALA LUMPUR - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu.Seorang...

Pendengaran PM, Kerajaan Batal...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 21 Jun depan bagi...

Cicak Dalam Roti Malukan...

New Delhi - Syarikat penerbangan Air India semalam menyiasat bagaimana seekor cicak boleh...

3 Cabang Khidmat ATM Terus Awasi Perairan Sabah

SEMPORNA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya – darat, laut dan udara – dalam mengawasi perairan Sabah daripada sebarang kemasukan anasir subversif dan jenayah rentas sempadan.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Brig Jen Zarondin Md Amin berkata pihaknya mempunyai tanggungjawab penting dan berterusan dalam memantau perairan serantau antara Malaysia, Indonesia dan Filipina.

“Anggota tentera sentiasa siap siaga, di samping dibantu aset-aset di laut iaitu bot tempur serta aset udara seperti helikopter dan pesawat pejuang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang meluangkan masa berkunjung ke penempatan tentera Operasi PASIR di Pulau Danawan di sini, hari ini.

Pulau Danawan yang dibuka pada tahun 1920 telah dibangunkan kerajaan dengan pembinaan pelbagai kemudahan termasuk masjid, sekolah, balai raya, jeti serta menara komunikasi yang dimanfaatkan oleh 1,427 penduduk.

Dalam pada itu, Zarondin berkata kunjungan pemimpin tertinggi Sabah itu sekali gus menyuntik semangat anggota tentera yang ditugaskan di pos Pulau Danawan sebagai barisan hadapan pertahanan negara.


Sementara itu, Kapten Muhammad Fitry Sapii yang bertugas di Pos Tentera Pulau Danawan berkata, kerjasama antara anggota keselamatan dan penduduk setempat adalah penting dalam mengawasi perairan demi keselamatan bersama.

“Saya menasihatkan kepada penduduk, sekiranya mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan hendaklah melaporkan kepada pos kawalan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, pulau itu sentiasa diawasi dengan rondaan harian pihak tentera.

Dalam pada itu, Ketua Masyarakat Pulau Danawan Abu Sairi Mahajim, 57, berkata keprihatinan pihak kerajaan mewujudkan pos tentera di pulau itu memberi jaminan keselamatan dan keyakinan kepada penduduk setempat. – BERNAMA

Kategori