Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PM Lancar Kempen ‘Beyond...

PUTRAJAYA - Malaysia melancarkan kempen kesedaran jenama, 'Beyond Nations', usaha untuk melonjakkan serta...

’16 Tahun Dah Berani...

BUKAN senang tau jadi public figure ni sebenarnya. Macam-macam benda kena hadap, kadang-kadang...

DPP: Kenyataan Hakim Nazlan...

Pihak pendakwaan berhujah Najib Razak tidak boleh bergantung kepada kenyataan hakim Mahkamah Rayuan...

Umat Islam Boleh Semak...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia boleh membuat semakan dan mengesahkan arah kiblat...

3 Kanak-Kanak Antara 16 PATI Ditahan Di Sepang

SHAH ALAM – Tiga kanak-kanak merupakan antara 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam serbuan di beberapa rumah sewa di Sepang, dekat sini awal pagi ini.

Ketua Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Selangor, James Lee berkata tangkapan itu melibatkan 12 warga Kemboja dan empat warga Indonesia berusia antara dua tahun dan 53 tahun.

Menurutnya, warga Kemboja terdiri daripada tujuh perempuan dan dua lelaki bersama dua kanak-kanak lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan, sementara warga Indonesia terdiri daripada tiga perempuan dan seorang lelaki.

“Dalam serbuan selama tiga jam yang bermula pada tengah malam itu, sebanyak 20 warga asing telah diperiksa, dan 16 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.


“Tujuh yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah sementara bakinya melakukan kesalahan tinggal lebih masa,” katanya dalam kenyataan di sini. – BERNAMA

Kategori