Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Trump Perkenal Peraturan Baharu...

WASHINGTON DC - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini berusaha memperkenalkan...

Kalah Kemaman, BN Perlu...

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) perlu mengambil iktibar daripada kekalahan pada Pilihan Raya...

Obama Ada Akaun Rasmi...

WASHINGTON DC - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akhirnya memiliki sebuah akaun rasmi...

Najib Sedih Tidak Dapat...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat...

3 Nelayan Thailand Ditahan Bersama 1.5 Tan Hasil Laut

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan seorang tekong dan dua awak-awak rakyat Thailand bersama sebuah bot nelayan tempatan kelas C di 4.6 batu nautika Barat Laut Pulau Kendi, dekat sini malam tadi.

Pengarah APMM Pulau Pinang Rozali Mohd Said berkata tiga lelaki berusia 24 hingga 37 tahun dan bot itu ditahan pukul 11 malam kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan di bawah 12 batu nautika dari pantai serta menggunakan nelayan warga asing.

“Susulan penahanan itu, kami merampas peralatan menangkap ikan dan hasil laut sebanyak 1.5 tan serta bot nelayan berkenaan dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk siasatan  serta tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini menerima rungutan serta aduan daripada nelayan pantai yang mendakwa bot pukat tunda menangkap ikan di kawasan mereka dan ekoran itu APMM meningkatkan penguatkuasaan bagi membuat pemantauan supaya dapat mengambil tindakan ke atas nelayan yang melanggar syarat lesen.  – BERNAMA

Kategori