Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jalan Sultan Ismail Ditukar...

Kuala Lumpur : Jalan Sultan Ismail, di sini, akan ditukar menjadi laluan dua...

Kemalangan Pergi-Balik Kerja Semakin...

KUALA LUMPUR - Saban hari pasti ada berita mangsa kemalangan sama ada yang...

Eropah Senaraikan Subvarian BA.4,...

LONDON : Pegawai kesihatan Eropah menyenaraikan dua strain Omicron yang pertama kali dikesan...

Tanaman Kenaf Masih Belum...

JITRA – Kekurangan maklumat dalam kalangan pekebun kecil mengenai potensi besar tanaman kenaf...

3 Pasukan Raih Kemenangan Sulung Piala Malaysia

KUALA LUMPUR – Tiga pasukan Liga Super iaitu Selangor, Melaka United dan Felda United meraih kemenangan sulung dalam saingan bola sepak  Piala Malaysia, malam tadi.

Selangor yang sebelum ini seri 1-1 menentang Terengganu di laman sendiri 4 Julai lepas, menang tipis 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching pada aksi Kumpulan D.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor berkongsi empat mata dengan pendahulu kumpulan, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas dua perlawanan namun JDT berada di tangga teratas menerusi kelebihan jaringan.

Pada aksi di Kuching, Francis Forkey Doe meletakkan skuad Gergasi Merah di hadapan menerusi gol pembukaan pada minit ke-39 sebelum pemain Sarawak, Mohammad Dzulazlan Ibrahim menghadiahkan gol kedua untuk pasukan pelawat selepas menolak masuk bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-64.

Sarawak tidak berputus asa dan berjaya meraih gol saguhati menerusi jaringan Shreen Tambi pada minit ke-82.


Di Stadium Hang Jebat, Melaka United mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas juara dua kali, Kelantan  pada aksi Kumpulan C.

Tiga gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Marco Simic pada minit ke-20, R.Surendran pada minit ke-30 dan Mohd Fauzi Rozlan pada minit ke-49.

Felda United turut meraih kemenangan sulung selepas menang tipis 2-1 ke atas PKNS FC pada aksi  Kumpulan B di Stadium Shah Alam.

Dua gol skuad ‘The Fighters’ dijaringkan oleh dua pemain import mereka iaitu Zah Rahan Krangar pada minit kelima dan Thiago Augusto Fernandes pada minit ke-88 manakala PKNS FC meraih gol saguhati menerusi Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-45. – BERNAMA

Kategori