Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Polis Buru Tiga Warga...

TAWAU - Polis memburu tiga lelaki warga Indonesia yang disyaki membunuh rakan senegara...

Inkues EIMARace: “Saya Cuba...

KUANTAN - Pemandu kenderaan go-kart yang melanggar dua beranak pada Perlumbaan Automatif dan...

Sharifah Farl, Wanita Melayu...

EMPUNYA nama Facebook, Sharifah Farl tiba-tiba menjadi perbualan hangat netizen menerusi laman sosial. Semuanya...

Status Haziq Diketahui Hari...

KUALA LUMPUR - Biro Politik PKR akan dimaklumkan berkaitan status Ketua Pemuda PKR...

3 Wakil Media Tempatan Terlibat Dalam Kemalangan

MIRI – Tiga wartawan media cetak berpangkalan di Sarawak mengalami detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang ditumpangi mereka ke tanah tinggi Bario terlibat dalam kemalangan kendiri pukul 1 tengah hari ini.

Presiden Persekutuan Wartawan Sarawak Andy Jong Wan Joon berkata kemalangan berlaku di jalan balak  km10 Samling Camp ketika kenderaan yang membawa tiga wakil media, masing-masing dua dari See Hua Daily News dan seorang dari Utusan Sarawak, sedang mendaki bukit.

“Setakat ini saya belum dapat pengesahan sebenar bagaimana kemalangan berlaku, ada yang cakap jatuh gaung, ada cakap jatuh parit besar tetapi saya sudah dimaklumkan oleh Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang yang mengikuti rombongan yang sama bahawa ketiga-tiga wakil media itu selamat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jong berkata isteri beliau, Ivy Chong dari See Hua Daily News, adalah seorang daripada wartawan yang terlibat dalam kemalangan itu, namun setakat ini tidak diketahui tahap kecederaan dialaminya.

Kesemua wakil media itu mengikuti rombongan Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk membuat liputan Pesta Nukenen Bario yang berlangsung esok hingga 29 Julai.


“Ketiga-tiga wakil media tersebut akan dihantar balik ke Miri menggunakan pengangkutan disediakan oleh syarikat pembalakan Samling untuk mendapat rawatan susulan di Hospital Miri,” katanya.

Sebagai rekod, perjalanan darat menggunakan jalan balak dari Miri ke Bario mengambil masa antara 10 hingga 14 jam bergantung kepada cuaca. – BERNAMA

Kategori