Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Along Cham Dan Zila...

PERKAHWINAN yang dibina pelakon dan pelawak Along Cham bersama Zila Seeron hanya bertahan...

Wajibkan Elaun Pelajar Praktikal...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan elaun minimum untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang...

Trump Anjur Majlis Iftar...

MESRA... Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akhirnya mengadakan jamuan iftarnya yang pertama...

Altimet Terbit Lagu Tema...

KOMPOSER, Altimet, bakal membuat kemunculan khas dalam filem animasi Ejen Ali The Movie...

30 Ditahan, 115 Mesin Simulator Judi Dirampas

IPOH – Polis menahan 30 orang dan merampas 115 mesin simulator bernilai RM200,000 dalam operasi ‘Op Dadu Mesin Perjudian’ di Persiaran Komersil Waterfront, Lintang, dekat Sungai Siput, kira-kira 40km, dari sini, malam tadi.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, DSP V. Annadurai berkata dalam serbuan yang dilakukan pegawai dan anggota D7 itu, kesemua yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 60 tahun.

Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan, 11 merupakan penjaga premis iaitu lapan lelaki dan tiga wanita manakala 19 adalah pelanggan lelaki.

“Dalam serbuan pukul 7 malam itu, kita turut merampas sebuah televisyen, satu modem kamera litar tertutup (CCTV) dan 25 cip tambah nilai, tujuh telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM14, 670,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 bagi setiap mesin yang dirampas dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori