Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Drama ‘Suspens’ Pergaduhan Penyokong...

KEPUTUSAN Liga Premier lewat Selasa menyaksikan Melaka United menentang Negeri Sembilan di Stadium...

Kawalan Ketat Sempadan Elak...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa termasuk di kawasan sempadan negara diletakkan dalam keadaan...

SPRM Tahan 3 Anggota...

BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga anggota polis kerana...

Akaun Facebook Rasmi Mat...

KUALA LUMPUR : Akaun Facebook rasmi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri...

30 Tahun Menderita Akhirnya Tumor Berjaya Dibuang

SELEPAS 30 tahun menderita akibat ketumbuhan besar di kepala, akhirnya seorang wanita, Zhuang, berupaya menarik nafas lega apabila ketumbuhan itu berjaya dibuang dalam satu pembedahan yang memakan masa selama lima jam di Guangzhou, China.

Zhuang, 34, kini sedang menjalani proses penyembuhan.

Dia mengalami penyakit berkenaan sejak kecil dan hanya mendapatkan rawatan doktor apabila bahagian kiri ketumbuhan itu mulai sakit.

Sebelum pembedahan, tumor yang berukuran 89 cm itu telah menjadikan kepala Zhuang membesar sebanyak 1.6 kali berbanding saiz kepala wanita dewasa di China.

“Pada mulanya ia hanya sebesar kacang tetapi ia semakin membesar mengikut usia saya,’’ kata Zhuang.


Doktor di Guangzhou Medical University percaya Zhuang menghidap angiomyolipomas di mana ketumbuhan itu mengandungi elemen otot dan lemak. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori