Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

419 GRO, 982 Kaki...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 419 pelayan pelanggan (GRO) dan...

Azmin Ali Wakili PM...

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mewakili...

Kertas Siasatan Dibuka Berhubung...

ALOR SETAR - Polis akan menjalankan siasatan secara telus berhubung kes seorang guru...

Kastam KLIA Rampas 18...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

300,000 Hektar Diperlukan Untuk Tanam Jagung Bijian

KEMAMAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memerlukan sekurang-kurangnya 300,000 hektar tanah bagi penanaman jagung bijian dalam usaha menjadikan ia sebagai industri baharu bidang pertanian bagi memenuhi keperluan makanan untuk ternakan di dalam negara.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bagi memenuhi hasrat itu beliau berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama terutama kerajaan pusat dan negeri dalam persediaan memperkembangkan industri baharu negara itu.

“Ia tidak semudah seperti dijangka yang memerlukan bukan sahaja dasar, tetapi sokongan daripada semua pihak termasuk kerajaan pusat dan negeri yang mempunyai banyak tanah dan tanah terbiar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Industri Jagung Bijian Peringkat Kebangsaan tahun 2017 di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pertanian Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu Datuk Mohamad Pehimi Yusof.

Ahmad Shabery berkata, projek perintis jagung bijian telah dilaksanakan di Kampung Dadong, dekat sini dan tuaian kedua menghasilkan kira-kira 200 tan metrik daripada 30 hektar jagung bijian yang ditanam sejak Mac lepas.

Kejayaan itu sekali gus dapat memecah tembok psikologi petani di negara ini yang mengatakan negara tidak mampu menghasilkan jagung bijian untuk dijadikan sumber utama makanan kepada ternakan.

Selain di Dadong, jagung bijian turut ditanam di Ru Tapai, Setiu dan di Kuala Berang, Hulu Terengganu serta beberapa kawasan lain sebagai percubaan untuk menghasilkan jagung bijian yang bermutu tinggi.


“Saya percaya kerajaan Terengganu boleh mengambil kewajaran tentang berapakah tempat dan penglibatan petani untuk tujuan industri baharu itu yang mana negeri berkenaan boleh menjadi model terbaik dalam industri penanaman jagung bijian,” katanya.

Katanya, pada tahun lepas negara mengimport makanan pertanian sebanyak RM46.74 bilion dan eksport sebanyak RM30.15 bilion yang menghasilkan defisit imbangan dagangan makanan pertanian negara sebanyak RM16.59 bilion.

Beliau berkata defisit dagangan makanan negara ini antara lain disumbangkan oleh import bahan makanan ternakan khususnya jagung bijian yang mana pada masa ini negara bergantung kepada Argentina, Brazil dan Amerika Syarikat.

Pada majlis itu, Ahmad Shabery turut menyampaikan insentif kepada 291 pengusaha industri jagung bijian dari seluruh negara melibatkan peruntukan RM4,191,590 yang mana Terengganu merupakan peserta paling ramai iaitu 138 orang melibatkan peruntukan insentif sebanyak RM1,656,590. – BERNAMA

Kategori