Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sebanyak 709 Sekolah Di...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 709 daripada 1,211 sekolah luar bandar di negeri Sarawak...

Manjung Sentiasa Dalam Pemerhatian...

LUMUT - Manjung mempunyai populasi penduduk yang besar serta memerlukan pemerhatian Polis Diraja...

Gambar: Bila Bekas-Bekas PM...

KETIKA menyandang jawatan sebagai perdana menteri (PM) Britain, kedua-dua figura ini sentiasa tampil...

Ahli Perniagaan Belasah Pekerja...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan yang bertindak menampar seorang pekerja cuci kenderaan...

36 Kompaun Berkaitan Kesalahan Tembakau Dikeluar

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengeluarkan 36 notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 pada operasiĀ bersepadu di daerah Seremban Selasa lepas.

Pengarahnya Dr. Zainudin Mohd Ali berkata 14 notis adalah di bawah Peraturan 8C(1) iaitu penjualan paket rokok di bawah Harga Minimum Rokok (RM10) dan dua notis di bawah Peraturan 9(1) iaitu penjualan rokok dalam paket yang telah dibuka (jualan sebatang-sebatang).

LapanĀ lagiĀ notis dikeluarkanĀ mengikut Peraturan 14(1) iaitu tidak mempamerkan tanda larangan penjualan tembakau kepada orang belum dewasaĀ manakalaĀ 12 notis mengikut Peraturan 15(4A) iaitu tiada amaran kesihatan pada bungkusan rokok, katanya.

“Nilai keseluruhan kompaun ditawarkan dalam operasi kali ini berjumlahĀ RM18,000 jika kesemua yang dikenakan notis memilih untuk membayar kompaunĀ bagiĀ mengelak daripada hadirĀ keĀ mahkamah,” katanya dalam kenyataanĀ di sini, hari ini.

Katanya dalam operasiĀ itu, sebanyak 2,826 paket rokok bernilai RM13,288 yang menyalahi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 telah dirampas.

Katanya sebanyak 14 premis terdiri daripada premis kekal dan premis tidak kekal telah diperiksa dalam operasi tersebut.


Operasi 11 jam bermulaĀ 2 petang (18 Julai) itu membabitkan 58 anggota penguat kuasa kesihatan.

Zainudin berkata sebanyak 1,532 notis kerana pelbagai kesalahan telah dikeluarkan untuk tempoh enam bulan pertamaĀ tahunĀ ini di negeri ini.

Katanya pada tahun ini juga iaitu sehingga Jun lepas, seramai 734 orang telah membayar kompaun bernilai RM79,020. – BERNAMA

Kategori