Wednesday, January 15, 2025

Creating liberating content

Lima Maut Dalam Nahas...

SIBU - Lima orang termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun dan seorang...

Sunway Iskandar XPark Mampu...

JOHOR BAHRU - Sunway Iskandar XPark, sebuah taman tema sukan ekstrem yang dibina...

Jihan Muse Nafi Gosip...

PELAKON dan pelawak wanita popular, Jihan Muse menafikan khabar angin mengatakan dia bakal...

OPR Dijangka Kekal Pada...

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus...

4 Negara Arab Bincang Langkah Terhadap Qatar

DUBAI – Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Bahrain dan Mesir hari ini menjelaskan telah menerima respon Qatar berhubung tuntutan yang dikemukakan kepada negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Agensi berita UAE, WAM yang memetik kenyataan media bersama yang dikeluarkan keempat-empat negara berkenaan berkata respon Qatar itu diterima sebelum lanjutan tempoh 48 jam yang diberikan mereka, tamat.

“Lanjutan tempoh itu dibuat atas permintaan Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. Ia akan dijawab dalam masa terdekat,” demikian menurut kenyataan itu.

Empat negara tersebut memutuskan hubungan dengan Qatar pada 5 Jun lalu setelah mendakwa Doha ‘menyokong kumpulan pengganas dan campur tangan dalam hal ehwal dalaman mereka’ dan mengenakan beberapa tindakan terhadap Qatar.

Negara Arab itu mengemukakan senarai tuntutan untuk menamatkan ketegangan dengan Doha, termasuk menggesa Doha menutup saluran televisyen Al-Jazeera dan menutup pangkalan tentera Turki di Qatar.


Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, Mesir akan menjadi tuan rumah mesyuarat di peringkat menteri luar Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir pada hari Rabu, bagi membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil terhadap Qatar.

– BERNAMA

Kategori