Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

TPM: Jangan Label Kaum...

HULU SELANGOR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Lima Tutorial Gaya Tudung...

MEMANG tidak sah bagi seorang wanita kalau tidak tampil cantik dan bergaya pada...

Lelaki Belasah Pemandu Bas...

SEORANG pemandu bas wanita di China dibelasah oleh seorang pemandu kereta hanya disebabkan wanita...

Ambil Tindakan Pada Portal...

KUALA LUMPUR -- Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Komunikasi...

40 Notis Dikeluarkan Gagal Asingkan Sisa Pepejal

SEREMBAN – Empat puluh notis pemberitahuan kesalahan dikeluarkan terhadap 40 pemilik premis pada operasi penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal di punca di Negeri Sembilan sejak ia mula dilancarkan pada 1 Jun 2016 sehingga 10 Julai lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Jalaluddin Alias berkata daripada jumlah itu, tujuh dikenakan kompaun, dua tindakan NFA (No Further Action) manakala selebihnya (31) dalam siasatan.

“Tujuh pemilik premis itu bagaimanapun, sudah menjelaskan bayaran kompaun mereka,” katanya di sini, hari ini.

Katanya pengasingan sisa pepejal di punca adalah menjadi tanggungjawab setiap masyarakat dan pemilik premis.

“Jika mereka tidak melakukan perkara ini maka mereka telah melakukan kesalahan dan tindakan kompaun akan diambil kepada mereka. Jadi, saya harap budaya pengasingan sisa pepejal di punca ini dapat dikekalkan demi kesejahteraan semua masyarakat dan alam sekitar,” katanya.

Jalaluddin berkata tindakan undang-undang bukanlah langkah terakhir yang akan dilaksanakan kerana fokus utama kerajaan adalah untuk mendidik dan membentuk masyarakat yang mampu menguruskan sisa pepejal dengan lebih sempurna ke arah memelihara dan memulihara kelestarian alam sekitar.


Mulai 1 Jun 2016, kesemua isi rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Perlis dan Pahang dikenakan kompaun RM50 bagi kesalahan gagal mengasingkan sisa pepejal di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Bagi kediaman bertanah RM50 bagi kesalahan pertama; RM100 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan ketiga.

Kediaman bertingkat RM100 bagi kesalahan pertama; RM200 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan ketiga.

Bagi kesalahan kali keempat dan seterusnya, isi rumah bakal berdepan tindakan mahkamah dan jika disabit kesalahan denda maksimum RM1,000 boleh dikenakan. – BERNAMA

Kategori