Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Azizulhasni Tetap Hormat Lawan...

KUALA LUMPUR - Biarpun sudah bergelar juara dunia acara keirin, jaguh berbasikal trek...

Adakan PRU Selepas COVID-19...

KUALA LUMPUR - UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan dengan mengadakan pilihan raya...

Krisis Ekonomi: Lebih 1/2...

BOGOTA - Lebih setengah juta rakyat Venezuela terpaksa mencari perlindungan di Colombia selepas...

Dari Mana Datangnya Getah...

BERMULALAH kisah tentang daun ketum. Air rebusan daun ketum original rebus sendiri di rumah...

42 Super Dilatih Bina Sampan, Tangki Gentian Kaca

PASIR PUTEH – Jabatan Perikanan Kelantan akan melatih 42 Sukarelawan Perikanan (SUPER) Tok Ajam, Jelor di sini bagi menghasilkan sampan dan tangki penyimpanan ikan menggunakan gentian kaca.

Ketua Cawangan Pengembangan dan Pemindahan Teknologinya Mohd Rafi Hasan berkata jabatan itu telah meluluskan peruntukan RM20,000 untuk membekalkan peralatan kepada kumpulan tersebut bagi menjalankan projek berkenaan.

“Mereka akan dilatih oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam menghasilkan sampan sepanjang 4 meter dan 5.6 meter serta tangki penyimpanan ikan yang boleh ditempah khas.

“Kita jangka sebanyak 10 sampan dan 20 tangki dapat dihasilkan dalam tempoh  sebulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Gentian Kaca di Kampung Tok Ajam, Jelor di sini, hari ini.

Mohd Rafi berkata sampan dan tangki penyimpanan ikan itu akan dipasarkan kepada kira-kira 1,300 anggota di 38 pangkalan SUPER, membabitkan jajahan Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu dan Tumpat dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.


Beliau berkata harga semasa bagi sampan 4 dan 5.6 meter masing-masing ialah RM3,700 dan RM4,700, manakala tangki penyimpanan ikan berharga RM20 sekaki berdasarkan tempahan.

– BERNAMA

Kategori