Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sedia Pertimbang Bantu Jasmine...

Kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu pelakon wanita Jasmine Suraya Chin Xian Mei,...

Presiden Palestin, Menteri Pertahanan...

JERUSALEM - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel Benny...

Ini Binatang! Lelaki Bunuh...

Pennysylvania – Seorang wanita, Jessica Padget, 33, menjadi mangsa perbuatan keji bapa tiri...

Sokongan Warga KKMM Perlu...

KOTA KINABALU - Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) khususnya di Sabah diminta...

442 Ditahan Bagi Kesalahan Berkaitan Keganasan

KUALA LUMPUR – Pasukan keselamatan negara telah menahan 442  orang di bawah kesalahan berkaitan keganasan dan keselamatan setakat 30 Jun lepas, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini, KDN berkata daripada jumlah itu, 310 tangkapan membabitkan anggota kumpulan pengganas Daesh dan selebihnya melibatkan kumpulan pengganas lain.

“Sejak Februari 2013, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan 15 cubaan serangan kumpulan militan Daesh. Ini jelas membuktikan komitmen kerajaan untuk membendung elemen kumpulan pengganas Daesh daripada terus berkembang dan mengancam keselamatan,” kata KDN.

Kementerian itu  menjawab pertanyaan Tuan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang ingin tahu kedudukan kes pengganas Daesh di negara ini dan ancamannya dari segi bilangan tangkapan.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAN-Kuala Terengganu) mengenai langkah yang diambil bagi menyekat kemasukan anggota kumpulan Daesh ke negara ini, KDN  berkata PDRM telah mengambil beberapa inisiatif  antaranya meningkatkan keselamatan di lokasi strategik negara.

Ini termasuk pusat tumpuan pelancong, kepentingan negara asing dan sasaran-sasaran penting di seluruh negara, kata KDN.


“Kawalan keselamatan ini dibuat menggunakan konsep ‘Strategi Lautan Biru Kebangsaan’ iaitu kerjasama agensi-agensi keselamatan negara terutamanya pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia,” kata kementerian itu.

Selain itu, kawal selia di semua pintu masuk utama negara sama ada udara, darat mahupun laut turut ditingkatkan termasuk kawalan di sepanjang sempadan negara.

KDN berkata kerjasama antara polis dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga ditingkatkan bagi memantau media sosial agar perkembangan dan pengaruh ideologi dapat dikekang daripada meresap dalam pemikiran rakyat.

Menurut kementerian itu kerjasama erat dengan agensi perisikan dan keselamatan Indonesia, Thailand dan Filipina bagi mematahkan sebarang cubaan meloloskan diri kumpulan pengganas di Malaysia  serta meningkatkan keupayaan dan kepakaran teknologi sedia ada juga antara langkah mengekang kemasukan anggota kumpulan pengganas Daesh  ke negara ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KDN

Kategori