Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

5 Perkara ini Jangan...

ORANG kata sudah kenyang makan, jangan terus tidur. Lagi-lagi musim raya ni kan.....

Kanada Enggan Ambil Balik...

TORONTO - Kanada menegaskan ia tidak merancang untuk mengambil balik sisa sampah plastik...

Fasa Kedua GST Perlu...

KENINGAU - Fasa kedua pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memerlukan kesungguhan penguatkuasaan...

Datuk, Nenek Zayn Rayyan...

PETALING JAYA - Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin...

Banduan Insaf, Sebak Beraya Di Balik Tirai Besi

KUANTAN – Hati ibu mana tidak terusik apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh meraikan hari lebaran di penjara akibat silap percaturan dalam memilih kawan.

Bagi Hamidah (bukan nama sebenar), 64, perasaan sebak, sedih dan rindu datang silih berganti sejak Ramadan yang lalu apabila mengenangkan nasib anaknya Rosli (bukan nama sebenar), 30, menyambut bulan puasa dan Syawal di sebalik tirai besi di Penjara Penor, di sini.

“Memang sedih… Allah sahaja yang tahu. Pagi raya biasa dia suka makan ayam masak merah… tetapi tahun ini tak dapat dia merasa masakan kegemarannya kerana terpaksa beraya di sini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jalinan Kasih 1Malaysia sempena Aidilfitri di Penjara Penor, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Hamidah yang hadir bersama suami dan tiga anak Rosli berumur antara enam bulan dan tiga tahun diberikan peluang bersemuka dan menikmati pelbagai juadah hari raya yang disediakan.

Sesekali Hamidah kelihatan menyuap nasi kepada anaknya itu sambil mengesat air mata menyebabkan tetamu yang hadir termasuk pegawai penjara turut tersentuh melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh seorang ibu.

Bagi Rosli pula pengalaman pertama kali menyambut Aidilfitri di sebalik tembok batu cukup menginsafkan dirinya lebih-lebih lagi mengenangkan ibu dan ayahnya yang telah berusia selain isteri tercinta dan tiga anak yang masih kecil.

“Memang sedih dan sayu hati apabila mendengar takbir raya di pagi Syawal. Kalau hari raya sebelum ini, pagi Syawal sahaja kita sambut meriah dengan bersalaman dengan isteri tercinta, anak-anak dan kaum keluarga, namun situasi raya tahun ini jauh berbeza, perit bila mengenangkannya,” katanya.

Rosli antara 15 banduan yang terpilih daripada lebih 1,500 banduan di penjara itu untuk menyertai program berkenaan. Dia kini sedang menjalani hukuman penjara sembilan bulan sejak Mac lalu akibat penyalahgunaan dadah.

Sementara itu seorang lagi banduan yang terpilih menyertai program itu, Haslam (bukan nama sebenar), 60, menyifatkan raya tahun ini sebagai paling bermakna kerana dapat bersemuka dengan isteri yang terpisah sejak dipenjarakan pada 2010 akibat kesalahan mengedar dadah.


“Sebelum ini apabila dapat peluang menyertai program sebegini saya tolak sebab sebelum masuk ke penjara pun saya jarang menyambut hari raya kerana kehidupan terlalu sosial, namun semasa di penjara, saya mula kenal sejadah dan Allah.

“Dia sebelum ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati namun hukuman itu diringankan kepada penjara 15 tahun setelah berjaya dalam rayuannya dan kini perlu menghabiskan hukuman penjara yang berbaki tiga tahun.”

Sementara itu Pengarah Penjara Penor, Datuk Abu Hasan Hussain berkata Program Jalinan Kasih 1Malaysia tersebut merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memberi peluang kepada banduan yang terpilih untuk meraikan suasana Aidilfitri tanpa sebarang pemisah.

“Program ini bukan hanya melibatkan 11 banduan yang beragama Islam tetapi turut melibatkan masing-masing dua banduan berbangsa Cina dan India. Ia diadakan bagi membolehkan mereka bertemu keluarga yang sebelum ini hanya dapat bersua muka di sebalik kaca.

“Kesemua 15 banduan ini dipilih berdasarkan tingkah laku mereka sepanjang tempoh tahanan selain beberapa kriteria lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori