Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasukan FRU Tiba Di...

Kuala Lumpur : Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di stesen Transit Aliran Ringan...

Kejayaan Rakan Jadi Pembakar...

BANGI - Kejayaan rakan senegara yang berjaya bergelar juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa...

Ratu Rock Malaysia Mengucapkan...

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2023 - Malam tadi telah menjadi saksi kehebatan ratu...

Nurul Izzah ‘Sound’ Hakim...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar melalui...

50,000 Bakal Meriahkan Ekspresi Felda Negaraku

PUTRAJAYA – Seramai 50,000 pengunjung dijangka memeriahkan Program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena sambutan Hari Peneroka ke-60 Peringkat Kebangsaan 2017 di sini.

Menurut Pengarah Publisiti Ekspresi Felda Negaraku Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, acara tersebut bakal diadakan di Persiaran Perdana, Presint 3 dari 21 hingga 23 Julai.

Tujuan utama program tersebut diadakan ujarnya, adalah untuk mendedahkan kepada orang ramai khasnya generasi muda tentang pelbagai kisah-kejayaan yang telah dicapai oleh Felda dan mungkin tidak diketahui.

“Kita ingin paparkan tentang kejayaan yang telah dicapai peneroka dan generasi anak peneroka yang kini menjadi usahawan dan selebriti tanah air termasuk perkembangan Felda sejak daripada awal penubuhan sehingga kini.

“Antara perkara yang ramai yang tidak tahu mengenai Felda ialah kehidupan Felda Lurah Bilut, Felda Tun Ghafar termasuk beberapa Felda di Sabah sebenarnya terdiri daripada kaum-kaum lain dan bukan orang Melayu.

“Mereka dapat hidup bersatu padu dan meraikan kepelbagaian dalam kawasan Felda,” katanya pada taklimat media mengenai program tersebut di sini semalam. Phaknya juga akan membawa seramai 25,000 peneroka Felda.

Akmar Hisham Mokhles

“Ini merupakan hari khas untuk meraikan segala jasa pengorbanan peneroka dan kita mahu mereka datang ke Putrajaya dan melihat sendiri pencapaian yang telah mereka lalui dan lakukan bersama-sama Felda,” ujar beliau.

Dalam pada itu Akmar Hisham memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut dijadualkan merasmikan Hari Peneroka Kebangsaan 2017 pada 23 Julai dan menyampaikan beberapa hadiah.


Ini termasuk Anugerah Masjid Terbaik dan Tokoh Imam, Pingat Khidmat Bakti serta Anugerah Keceriaan Kampung Felda bakal yang menawarkan hadiah lumayan wang tunai sebanyak RM1 juta.

Antara tarikan utama sepanjang program tersebut ialah Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Ekspresi Felda Negaraku Malaysia : Bakti Disemai, Bukti Dituai dan Pertandingan Futsal Antara Parlimen.

Tidak ketinggalan ialah Pameran Jualan, Upin Ipin, Autoshow dan Big Bikers, Pertandingan Zapin dan Dikir Barat, Pertandingan Busker dan Pentas Muzik, Konsert Ekspresi Negaraku oleh artis-artis Felda serta selebriti tanah air.

Masuk adalah percuma manakala maklumat lanjut berhubung program tersebut, boleh didapati menerusi laman www.facebook.com/FeldaLKTP/ atau hubungi talian 03-2191 2191. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori