Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAS Minta Nik Omar...

KOTA BHARU - PAS akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Nik Omar Nik...

Nahas 11 Kenderaan Di...

KUALA LUMPUR : Satu nahas membabitkan 11 kenderaan termasuk sebuah lori dilaporkan berlaku...

Pesalah Trafik Warga Asing...

CYBERJAYA - Statistik pesalah trafik membabitkan warga asing di Cyberjaya sepanjang tahun ini...

IKSIM Jawab Mujahid, Dakwa...

DAKWAAN penyelewengan dana oleh Institut Kajian Strategik Islam (IKSIM) yang sudah tersebar ekoran...

56 Kes Gigitan Anjing Dikesan Jabatan Kesihatan Sarawak

KUCHING – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini menerima laporan 56 kes berkaitan gigitan anjing yang terdiri daripada 14 kes di bahagian Serian, 38 kes di bahagian Kuching, dan masing-masing dua kes di bahagian Sri Aman dan Samarahan.

Ia adalah sebahagian daripada langkah-langkah pengawasan dan “Pengesanan Kes Aktif” (ACD) yang dilaksanakan Jabatan itu sebagai salah satu agensi yang terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBNS) Sarawak bagi mengekang kes jangkitan rabies di negeri ini.

Sekretariat JBNS dalam satu kenyataan hari ini berkata ia menjadikan bilangan kumulatif kes-kes gigitan anjing yang dikesan di kawasan-kawasan berkenaan sejak 1 April sehingga hari ini berjumlah 1,016 kes.

Menurutnya 41 daripada kes gigitan itu diberi suntikan vaksinasi anti-rabies hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini 624 kes diberi suntikan.


Selain itu menurutnya sehingga kini Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) telah mengadakan 121 kempen kesedaran mengenai wabak penyakit rabies di kampung-kampung dan sekolah di kawasan terlibat yang dihadiri oleh 25,682 orang peserta.

Sejak Kementerian Kesihatan mengumumkan mengenai penularan jangkitan rabies atau penyakit anjing gila terhadap manusia di daerah Serian awal bulan ini, lima orang telah meninggal dunia akibat penyakit itu, dengan yang terakhir membabitkan seorang lelaki berumur 52 tahun pada 23Julai lepas, namun sejak itu tiada lagi jangkitan ke atas manusia dilaporkan. – BERNAMA

Kategori