Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ringgit Terus Menyusut Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang dicatat...

Malaysia Airlines Boleh Pelajari...

LANGKAWI - Malaysia Airlines Bhd. (MAB) mempunyai peluang luas untuk berubah namun terpaksa...

Penerima BPN Tiada Akaun...

SHAH ALAM - Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang tidak mempunyai akaun bank...

Dayana Roza: Saya Kasar,...

MAKIN dikenali ramai sejak drama lakonannya, Asam Pedas Untuk Dia ke udara di...

6 Sekeluarga Nyaris Maut Kondominium Terbakar

GEORGE TOWN – Enam sekeluarga termasuk dua kanak-kanak nyaris maut apabila kondominium mereka di Jalan Persiaran Gurney di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, kesemua mangsa sedang tidur dalam sebuah unit kondominium di tingkat lapan bangunan itu sebelum mereka berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Komander Operasi Bomba, Pegawai Bomba Kanan II, Hashim Ismail berkata sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Bagan Jermal yang bergegas ke lokasi kebakaran berjaya menyelamatkan enam sekeluarga itu sebelum api terus merebak.

Namun beliau berkata kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus unit kondominium berkenaan dan semua mangsa kini tinggal sehelai sepinggang.


Katanya unit kondominium lain tidak terjejas dan punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA

Kategori