Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Guna Model Tender...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengguna...

Donald Trump Menang Pilihan...

Washington : Calon Republikan Donald Trump melepasi 270 undi badan perwakilan pemilih yang...

Game On… BN Kedah...

BARISAN Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Mahathir Mohamad yang...

Wujud Kerjasama Dengan Amanah...

JELI - UMNO Kelantan menyifatkan dakwaan wujud kerjasama antara UMNO dan Parti Amanah...

65 Juta Mangsa Kebuluran Nanti Sumbangan Korban

Islamic Relief Malaysia (IRM) meneruskan usaha ‘Qurban Anda Harapan Mereka’ dengan mesej jelas untuk memastikan pelarian perang, mangsa kebuluran dan penduduk miskin.

Ia meibatkan 28 buah negara Islam yang bakal mendapat manfaat melalui program silaturrahim ini. Dari Somalia ke Habsyah, dari Mali ke Sudan, dari Syria ke Iraq, dari Sri Lanka ke Malawi dan dari Kemboja ke Myanmar.

Dianggarkan 65 juta umat Islam yang disenaraikan sebagai mangsa kebuluran menanti bantuan qurban sebagai penyambung kehidupan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, bekalan daging qurban bagi saudara Islam yang menjadi mangsa pelbagai krisis di seluruh dunia, dianggap satu misi bantuan makanan dari umat Islam.

“Rata-rata penerima manfaat yang ditemui berasa bersyukur dan gembira dengan daging qurban yang diterima,” katanya.

Menurut Zairulshahfuddin, mangsa kebuluran amat berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyumbang dan melaksanakan ibadah qurban.

“Saya berasa suka dan gembira menerima daging qurban ini,” kata Aminun, 12 tahun, penerima manfaat warga Rohingya (Qurban Perdana 2015) di Myanmar.

Sementara itu, ada pendatang Islam Rohingya pula melahirkan kesyukuran.

“Saya datang dari Myanmar dan sudah menetap di Malaysia 8 tahun. Saya sangat bersyukur, alhamdulillah,” kata Alam, penerima manfaat warga Rohingya (Qurban Perdana 2015).

Dalam pada itu menurut Zairulshahfuddin, kempen ini merupakan satu program ummah yang terbesar menjelang Hari Raya Korban pada 1 September ini.


“Umat Islam di Iraq, Palestin, Albania, Bosnia, Lubnan dan Syria juga antara penerima manfaat bagi kempen ini,” katanya.

Selain itu, pelarian Palestin dan Syria yang berlindung di Jordan turut disenaraikan dalam pakej penerima manfaat program ini.

‘Program Qurban Anda Harapan Mereka’ turut diadakan di Afghanistan, Chechnya, Filipina, Pakistan, Sudan dan Sudan Selatan.

“Jumlah sumbangan korban berbeza mengikut negara yang disenaraikan berdasarkan kos semasa di wilayah terbabit,” kata Zairulshahfuddin.

Kos sumbangan bermula serendah RM390 di Malawi hinggalah ke RM2,000 di Iraq dan Palestin.

“Marilah kita bantu kerana sasaran penerima daging qurban kali ini ialah mangsa kebuluran, mangsa perang, pelarian dan umat Islam di negara miskin,” katanya.

Bagi umat Islam yang berhajat boleh melayari laman www.islamic-relief.org.com atau hubungi talian 03-8926 3434.

Anda juga boleh mengunjungi Facebook IslamicReliefMalaysia atau Whatapps 018 637 9788. – MYNEWSHUB.CC

Kategori