Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lapan Peniaga Di Kelantan...

TUMPAT - Lapan peniaga di negeri ini setakat ini dikompaun maksimum RM200 di...

Sarawak Ambil Tindakan Sekiranya...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Sarawak akan menyerahkan kepada undang-undang sekiranya Petronas masih tidak...

2,000 Komando Indonesia Dikerah...

POSO - Lebih 1,000 anggota pasukan elit tentera Indonesia tiba di Poso, Sulawesi...

Kren Tumbang: Jangan Ambil...

KUALA LUMPUR - Sikap pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan...

65 Juta Pelarian Nantikan Daging Korban

SEBULAN lagi menjelang Aidil Adha, selain lambaian wajah Kaabah dan suasana kota Makkah dengan empat juta jemaah menunaikan ibadah Haji, yang terbayang di mata kita juga, tentunya kemeriahan ibadah korban di seluruh dunia.

Ibadah Korban akan mengiringi gema takbir dan tahmid yang dipenuhi air mata tanda kesyukuran atas keredhaan Allah yang menyempurnakan Musim Haji.

Namun, pada masa sama 65 juta pelarian Islam di 28 negara akan menyambut kedatangan 1 September ini dengan suasana penuh penderitaan.

Dari Afrika ke Asia Selatan, Timur Tengah ke Eropah Timur serta dari Rusia ke Indo China, suara tangisan mangsa kebuluran pasti memenuhi suasana Hari Raya Haji.

Bagi memastikan agihan korban dapat dilaksana secara meluas hingga ke zon krisis kebuluran dan peperangan, Islamic Relief Malaysia (IRM) menganjurkan program ibadah korban di lebih 100 bandar, kem pelarian dan petempatan miskin umat Islam.

“Projek Qurban Anda Harapan Mereka adalah satu kelangsungan usaha IRM bagi memastikan saudara Islam kita yang menjadi mangsa kebuluran turut mendapat manfaat agihan daging korban,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin.

IRM katanya, melancarkan projek ini sebagai jambatan menghubungkan mereka yang ingin mengadakan amalan korban agar dapat melaksanakan ibadah ini di kem-kem pelarian dan petempatan miskin umat Islam di seluruh dunia.

“Di Albania, program akan diadakan di Tirana, Shkodra, Korca dan Kavaja. Di Syria, ibadah korban program ini dilakukan di zon perang termasuk di Aleppo, Idlib dan Homs,” kata Zairulshahfuddin.

Di Afrika, program korban ini ditumpukan di kem-kem mangsa kebuluran di Somalia, Ethiopia dan Sudan.

“Kami amat meraikan mana-mana pihak yang ingin mengadakan ibadah korban menyertai program ini. Kita sangat berharap, Aidil Adha memberikan cahaya kepada 65 juta pelarian saudara kita di seluruh dunia,” katanya.


Selain itu, umat Islam di Iraq, Palestin, Bosnia dan Lebanon juga antara penerima manfaat bagi kempen ini.

Program Qurban Anda Harapan Mereka turut diadakan di Afghanistan, Chechnya, Filipina, Pakistan, Sudan dan Sudan Selatan.

“Jumlah sumbangan korban berbeza mengikut negara yang disenaraikan berdasarkan kos semasa di wilayah terbabit,” kata Zairulshahfuddin.

Bagi umat Islam yang berhajat boleh melayari laman www.islamic-relief.org Atau hubungi talian 03-8926 3434. – MYNEWSHUB.CC

Anda juga boleh mengunjungi Facebook IslamicReliefMalaysia atau Whatapps 019 637 9788

Kategori