Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

2 Penunggang Motosikal Maut...

KUANTAN - Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan...

Polis Kelantan Tumpaskan ‘Geng...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menumpaskan 'Geng Pok Chek' yang disyaki terbabit dalam...

Mayat Nelayan Cuba Selamat...

Jasin - Mayat nelayan yang terjun dari kelong semalam untuk menyelamatkan botnya yang...

Ibu Amah Indonesia Diseksa...

SETAHUN selepas kematian pembantu rumah Indonesia yang dipaksa tidur di luar bersama seekor...

7 Terbunuh Serang Hendap Pemberontak Di Selatan Filipina

MANILA – Enam anggota polis dan seorang penduduk tempatan terbunuh dalam dua serang hendap yang dipercayai dilakukan kumpulan pemberontak komunis Tentera Rakyat Baharu (NPA) di selatan Filipina, hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap tentera Filipina Kapten Ruel Llanes dalam satu kenyataan berkata Ketua Polis Daerah Guihulngan Supt. Arnel Arpon merupakan antara anggotaĀ polisĀ yang terbunuh.

Menurut Llanes, serangan pertama berlaku di perkampungan Magsaysay di Guihulngan yang terletak dalam wilayah Negros Oriental, menyasarkan anggota majlis perbandaran Edison Delarita.

Delarita dilaporkan dalam perjalanan ke pejabat apabila ditembak kumpulan bersenjata.

Serangan itu menyebabkan pemandu Delarita, Michael Jambalus, terbunuh. Bagaimanapun, Delarita yang tidak mengalami sebarang kecederaan berjaya menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.


Llanes berkata pasukan polis yang segera bertindak balas turut diserang oleh kumpulan bersenjata yang sama, menyebabkan kematian enam anggota polis dan mencederakan tiga orang lain.

Katanya pihak tentera kini telah dikerahkan untuk memburu suspek terlibat dalam serangan berkenaan. – BERNAMA

Kategori