Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agong Dan Permaisuri Zahir...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja...

Pandamas 2 Impian 300...

KUALA LUMPUR - Seramai 300 penduduk setinggan komuniti India bagi program penempatan semula...

Nafi Aktiviti Pembalakan Di...

SEREMBAN – Tiasa kelulusan diberikan bagi aktiviti pembalakan di kawasan Bukit Baginda di...

Bawa 6 Jongkong Emas,...

Selepas diperhatian ekoran geri-gerinya yang meragukan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat...

76 Polis Cedera Dalam Tunjuk Perasaan G20

HAMBURG – Lebih 76 anggota polis Jerman cedera akibat dibaling batu dan botol air oleh aktivis anti-kapitalis apabila tunjuk perasaan sempena Sidang Kemuncak G20 bertukar ganas.

Pada persidangan pertama dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump itu, polis Jerman bertempur dengan aktivis yang memakai topeng.

Demonstrasi membantah globalisasi yang menarik 12,000 peserta itu sepatutnya berlangsung secara aman tetapi bertukar ganas selepas polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 1,000 militan berhaluan kiri.

Selain polis, dua penunjuk perasaan cedera dan lima orang ditahan, kata jurucakap polis.

Polis menggesa penunjuk perasaan membuka topeng mereka dengan pembesar suara, tetapi arahan itu tidak diendahkan.

Sebaliknya, kumpulan berhaluan kiri itu melontarkan lebih banyak objek sehingga pihak berkuasa memutuskan memisahkan mereka daripada penunjuk perasaan lain, kata polis menerusi Twitter.

“Malangnya, pertempuran berlaku.


“Kami melaksanakan langkah tindak balas,” kata polis dalam satu lagi muat naik di Twitter.

Penunjuk perasaan kelihatan cuba melarikan diri dan ada yang bertegas tidak mahu berganjak walaupun berada dalam laluan lori meriam air, ketika mereka dikepung polis pencegah rusuhan yang lengkap dengan topi keledar dan cota.

Susulan insiden itu, perarakan “Selamat Datang ke Neraka” dibatalkan, tetapi ribuan penunjuk perasaan masih kekal sehingga waktu malam dan terdapat beberapa pergaduhan kecil di bandar kedua Jerman itu, kata wakil media.

Sehingga 100,000 penunjuk perasaan dijangka mengambil bahagian sebelum dan ketika mesyuarat dua hari G20 yang juga dihadiri Presiden Vladimir Putin dan Presiden Xi Jinping, bermula hari ini. – AFP/BH ONLINE

Kategori