Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Presiden RFEF, Anak Lelaki...

MADRID – Presiden Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) Angel Maria Villar dan...

PRN Sarawak: PAS Tanding...

KUCHING - PAS akan meletakkan calon di 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri...

Bomba Nafi Bangunan KPKT...

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan bangunan Kementerian Perumahan dan...

Lucu! Iklan Yang Tak...

SECARA umumnya pengiklanan Google di halaman web sudah lama diperkenalkan dengan menggunakan plaform...

8 Artis Popular Indonesia Dicekup Pesta Dadah

JAKARTA – Lapan artis Indonesia termasuk Dian Pretty Asmara, ditahan dalam serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah bilik karaoke di sebuah hotel di sini, awal Isnin ketika leka berpesta dadah.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Argo Yuwono dipetik oleh media dalam talian berkata, kesemua artis terbabit ditahan ketika menyertai satu pesta dadah anjuran mereka sendiri.

Katanya, bertindak atas siasatan dan intipan selama dua minggu, polis menyerbu bilik hotel dan karaoke hotel itu pada tengah malam semalam ketika kesemua artis berkenaan sedang berkumpul dan mengambil dadah.

Penahanan Dian, 39, aktres dan pelawak popular yang masih bujang serta berasal dari Lumajang, wilayah Jawa Timur turut mengejutkan media tempatan kerana imej penampilan dirinya yang agak gemuk dan sihat.

Turut ditahan di Hotel Grand Mercure Kemayoran, Jakarta Pusat itu ialah penyanyi dangdut dengan identiti dirujuk sebagai EY, ES dan MA, pelakon sinteron AH, model GL, pemain filem layar lebar SS serta penyanyi pop DW.

Polis menjumpai 0.9 gram dadah jenis ice dan alat menghisapnya dalam sebuah bilik hotel serta merampas 1.12 gram ice, 23 pil ekstasi dan 25 pil dadah jenis H5 dalam bilik karaoke tempat artis itu sedang berkumpul.


Argo berkata, kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai menjadi pengedar dadah kepada golongan artis itu.

Katanya, selain itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah 25 juta rupiah (kira-kira RM80,134), dipercayai hasil kutipan pesta dadah itu.

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan artis Indonesia dilaporkan semakin berleluasa dan beberapa artis popular sebelum ini juga pernah ditahan pihak polis kerana terbabit kes narkotik seumpama itu. – BERNAMA

Kategori