Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bekas ADUN Ayer Hangat...

ALOR SETAR - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat Datuk Mohd...

Memandu Kereta Di Jakarta...

JAKARTA - Data terkini Badan Pusat Statistik (BPS) amat mengejutkan pelbagai pihak di Indonesia...

Timbalan Pendaftar, Pensyarah, Pengarah...

JOHOR BAHRU - Seorang timbalan pendaftar universiti awam, pensyarah kolej komuniti dan pengarah...

Kisah Jumpa Semula Lelaki...

LAZIMNYA amat jarang benar dapat menyaksikan ketua jabatan atau agensi kerajaan sanggup datang...

Abdul Hadi Dinasihat Doktor Kena Rehat 2 Bulan Lagi

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dinasihatkan untuk berehat selama dua bulan lagi oleh doktor, kata Setiausaha Agung parti tersebut, Datuk Takiyuddin Hassan.

Portal berita tempatan AgendaDaily melaporkan, Ahli Parlimen Marang itu ujar beliau, pada ketika ini sedang bercuti dan hanya akan kembali ke Dewan Rakyat jika tahap kesihatannya didapati semakin bertambah baik.

“Keadaan kesihatan beliau (Abdul Hadi) sendiri sebenarnya sudah baik. Tetapi beliau kemudian dinasihatkan pula oleh doktor supaya dapat mengambil cuti panjang selama kira-kira dua bulan lagi,” jelas Takiyuddin.

Kelibat tokoh tertinggi PAS itu tidak kelihatan sejak persidangan Dewan Rakyat disambung semula pada Isnin lalu sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan penganalisis politik dan penyokong parti tersebut.

Abdul Hadi pada 15 Mei lalu mendapat liputan luas media apabila sekali lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Institut Jantung Negara di sini bagi menjalani pembedahan injap jantung sebelum dibenarkan keluar.

Ketiadaan beliau di Parlimen menyebabkan timbul tanda tanya berhubung perhabasan rang undang-undang persendirian dibawanya bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau disebut RUU 355.

Pada sidang kali ini, RUU 355 iutu disenaraikan di nombor 10 dalam kertas perintah, di bawah beberapa rang undang-undang kerajaan lain yang lazimnya diberi keutamaan berbanding rang undang-undang persendirian.


RUU 355 bagaimanapun, boleh disegerakan jika satu usul dikemukakan dan dilulus oleh Parlimen. Ia berjaya dibentang oleh Abdul Hadi pada 6 April lalu bertujuan untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah.

Namun, RUU 355 tersebut tidak dapat diperdebatkan lebih lama untuk diluluskan selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menundakan perbahasan pada hari terakhir persidangan berkenaan.

Beliau bagaimanapun mencuri tumpuan hadirin yang datang ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru, Kelantan minggu lalu, kerana ia merupakan kemunculan pertamanya selepas menjalani pembedahan berkenaan.

Bagaimanapun sebaik sahaja selesai berucap panjang, Abdul Hadi dilaporkan terpaksa bergegas meninggalkan pentas pidato berkenaan atas sebab-sebab kesihatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori