Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sangeeta Angkat Kisah Guru...

Pelakon, Sangeeta Krishnasamy akan menerbitkan filem, Adiwiraku 2 yang mengangkat kisah benar seorang...

Maktab Mahmud Padang Terap...

KUALA NERANG - Maktab Mahmud Padang Terap di sini menafikan pelajarnya terlibat dalam...

Le Pen Boleh Menang...

PARIS - Dengan jurang pilihan raya kini semakin rapat dan pencabar utamanya terbabit...

Hati-Hati… Bahaya Minum Teh...

TEH bukan sahaja merupakan salah minuman yang tertua di dunia, malahan mempunyai pelbagai...

Acara Khas Turki Peringati Kegagalan Rampasan Kuasa

ANKARA – Turki menyusun pelbagai acara bersempena ulang tahun pertama kegagalan cubaan mengguling Presiden Recep Tayyip Erdogan pada 15 Julai 2016 apabila rakyat negara ini bangun menentang perancang rampasan kuasa berkenaan.

Keberanian mereka menentang pihak tidak bertanggungjawab itu antara lain diabadikan melalui pameran foto di sini yang menghidangkan gambar yang dirakam pada malam penuh dramatik itu apabila orang ramai memenuhi jalan raya untuk mempertahankan demokrasi yang cuba dinodai.

Erdogan sendiri menziarahi pusara mereka yang menjadi mangsa dalam cubaan rampasan kuasa itu di tanah perkuburan Edirnekapi di Istanbul, manakala beberapa menteri menziarahi pusara di tempat lain untuk mendoakan kesejahteraan mereka yang terkorban berjumlah kira-kira 250 orang.

Beberapa pengajaran boleh diambil rakyat Malaysia dan negara lain daripada episod sedih dan penting dalam sejarah Turki itu, kata Duta Besar Malaysia di Turki Abdul Razak Abdul Wahab.

Diplomat berpejabat di Ankara ini berkata rakyat perlu menyuarakan apa jua sungutan mereka tentang kerajaan melalui saluran sepatutnya, bukan cuba menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik dengan cara yang tidak demokratik.

“Apa yang kita boleh ambil dan aplikasi pada mana-mana negara, bahkan negara kita sendiri, ialah sekiranya kita tak bersetuju dengan kerajaan sedia ada, gunakan saluran yang betul, bukan cuba ambil alih kuasa dengan bentuk sedemikian.

“Kita ada sistem pilihan raya, di situlah letaknya hak kita sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab terhadap negara kita,” kata Abdul Razak kepada media Malaysia yang berada di sini untuk mengikuti acara yang diatur kerajaan Turki bersempena ulang tahun cubaan rampasan kuasa itu.

Kerajaan Turki menuding jari kepada Pertubuhan Pengganas Fethullah T(Feto) dan pemimpinnya yang tinggal di Amerika Syarikat Fethullah Gulen berhubung cubaan rampasan kuasa yang berjaya dipatahkan itu.

Feto juga dituduh mendalangi kempen untuk menggulingkan kerajaan melalui penyusupan institusi Turki seperti tentera, polis dan badan kehakiman.

Abdul Razak berkata kerajaan Turki pasti tidak akan membiarkan mereka yang mendalangi cubaan ramasan kuasa itu bebas daripada dikenakan hukuman.

Sementara itu, dalam komennya kepada pemberita, Menteri Kehakiman Turki Bekir Bozdag menyifatkan sebagai “tidak berasas, berat sebelah” kritikan yang dilemparkan negara Barat terhadap Turki kononnya negara ini mengambil tindakan keras selepas kegagalan cubaan rampasan kuasa tersebut.


Duta Besar Turki di Malaysia Basak Turkoglu berkata setakat ini, lebih 300 institusi dibuka semula dan lebih 30,000 penjawat awam diambil kembali bekerja setelah lembaga pentadbir melaksanakan tapisan.

Dalam apa yang dilihat sebagai langkah untuk membersihkan institusi negara ini daripada anggota Feto, Ankara mengisytiharkan Darurat pada 20 Julai 2016, lima hari selepas berlaku cubaan rampasan kuasa itu.

Erdogan membayangkan pada Rabu bahawa perintah Darurat mungkin ditarik balik dalam tempoh terdekat setelah ancaman daripada Feto dan pengganas dihapuskan sepenuhnya.

Bersempena sambutan ulang tahun itu, masjid di 81 wilayah di Turki mengadakan majlis doa untuk mereka yang gugur, manakala simposium dan persidangan mengenai cubaan rampasan kuasa yang gagal itu akan turut diadakan.

Acara khas untuk memperingati peristiwa itu siap disusun, manakala tugu sebagai penghormatan kepada mereka yang terkorban dalam menentang rampasan kuasa itu telah dibina dan akan dibuka kepada orang ramai di sini dan di Istanbul, dua tempat utama cubaan rampasan kuasa itu berlaku.

Pameran foto di sini turut dikunjungi Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu.

Melalui pameran ini, Ketua Direktorat Akhbar dan Penerangan Turki menghimpunkan foto bersejarah yang dirakam anggota Persatuan Wartawan Foto Turki dan wira demokrasi yang gambar mereka diabadikan dalam foto berkenaan.

Cubaan rampasan kuasa itu turut mengakibatkan kira-kira 2,200 orang cedera. – BERNAMA

Kategori