Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Warga Emas Maut Gara-Gara...

SEORANG wanita warga emas dari London, Britain maut hanya gara-gara staf hospital tersilap...

Kembar 3 Tahun Maut...

SEPASANG kembar autistik berusia tiga tahun ditemui lemas di dalam kolam di belakang...

Mario Gomez Kaji Kelemahan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sedang mengkaji profail FC Istiklol...

Lebih 770,000 Tan Daging...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 771,719 metrik tan daging lembu dan kerbau diimport bagi...

AEC Dorong Eksport Malaysia Meningkat – Matrade

KUALA LUMPUR – Eksport Malaysia mencatat pertumbuhan selepas penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada 2015, dengan eksport keseluruhan ke pasaran blok itu meningkat kepada RM230.93 bilion pada 2016 daripada RM213.4 bilion pada 2014.

Pengarah Unit ASEAN, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata, kumpulan ekonomi tersebut telah menghapuskan banyak sekatan perdagangan, justeru itu, perdagangan dalam kalangan negara ASEAN sewajarnya meningkat lagi memandangkan ekonomi masing-masing terus berkembang.

“Kerajaan (negara) ASEAN perlu bekerjasama untuk membentuk formula bagi meningkatkan eksport perkhidmatan, khususnya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ia menjadikan PKS akan mempunyai peluang lebih besar untuk menembusi pasaran global, dan ia dijangka menyumbang 30 peratus kepada perdagangan keseluruhan ASEAN menjelang 2020, dipacu oleh usaha AEC,” katanya semasa sidang media mengenai Hari Eksport PKS di sini, hari ini.

Selain itu, Raja Badrulnizam berkata, Matrade bersama-sama PanPages Bhd, akan menganjurkan Hari Eksport PKS pada 9 Ogos, 2017, dalam usaha merangsang minat PKS terhadap eksport di samping sebagai platform untuk mereka mendapatkan nasihat pakar eksport.


Beliau berkata, acara itu akan menawarkan panduan lengkap mengenai eksport untuk menggalakkanpengeksport dan PKS Malaysia merancang bagi mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

“Kira-kira 1,000 pembuat keputusan daripada PKS sedia eksport dijangka hadir ke acara itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori