Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Rumah Mampu Milik...

PULAU PINANG - Parti Gerakan membantah cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya...

Royalti Minyak: Perbincangan Berlansung...

KOTA KINABALU - Perbincangan berkaitan royalti minyak antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan...

‘Syafiq Kyle’ Mohon Maaf,...

KONTROVERSI video lucah yang didakwa membabitkan Syafiq Kyle menjadi semakin hangat apabila seorang...

Najib, Ab Rauf Batal...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 19 Jun untuk mendengar permohonan...

AFF: Skuad B-15 Terus Rentak Kemenangan

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak kebangsaan Bawah 15 Tahun melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menumpaskan Timor-Leste 2-0 dalam aksi kumpulan B pada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2017 Bawah 15 Tahun di Chonburi, Thailand, Rabu.

Anak-anak buah Raja Azlan Shah yang menewaskan Filipina juga 2-0 pada perlawanan pembukaan kumpulan pada Isnin memperoleh gol melalui Muhammad Danish Ishak pada minit ke-31 dan Harith Naem Jaineh pada minit ke-63 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Kampus Chonburi IPE.

Malaysia akan berdepan Brunei sementara Timor-Leste menentang Kemboja dalam aksi pusingan awal yang akan berlangsung di venue yang sama pada Jumaat.

Edisi ke-12 kejohanan yang diadakan sejak 2002 menampilkan 12 negara.

Juara bertahan, Australia mendahului cabaran Kumpulan A yang terdiri daripada juara tiga kali Thailand, Laos, Indonesia, Myanmar dan Sapura sementara Kumpulan B terdiri daripada Vietnam, Kemboja, Timor-Leste, Filipina, Brunei dan Malaysia.


Untuk rekod, Malaysia muncul juara pada 2013 dengan menundukkan Indonesia 3-2 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat perlawanan.

Kejohanan itu sebelumnya dipertandingkan sebagai kejohanan Bawah 16 Tahun tetapi tahun ini, kumpulan umur baharu diperkenalkan. – BERNAMA

Kategori