Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengurus Kontrak TM...

SHAH ALAM - Seorang bekas pengurus kontrak Telekom Malaysia (TM) Berhad dijatuhi hukuman...

Kuala Lumpur, Terengganu Ke...

KUALA LUMPUR - Pendahulu Liga Perdana, Kuala Lumpur dan Terengganu layak beraksi dalam...

Che Ta Buka Mulut...

ISTERI mana yang suka apabila lelaki yang dikahwini dirampas oleh wanita lain. Tidak...

KPM Serah Kes Gunting...

BACHOK - Kementerian Pendidikan akan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung...

Afieq Shazwan Cemburu Kejayaan Haqiem Rusli

BEKAS peserta program Idola Kecil musim pertama, Afieq Shazwan memberitahu ada menyimpan perasaan cemburu melihat kejayaan rakannya, penyanyi Haqiem Rusli.

Bagaimanapun menurut Afieq, dia tidak mempunyai hasad dengki tetapi cemburu melihat kejayaan Hazqiem dan mahu menjadi sepertinya.

“Memang tidak dinafikan saya ada simpan perasaan cemburu bila melihat Haqiem lebih berjaya sekarang ini. Tapi tidaklah sehingga saya dengki dengan dia atau cemburu yang negatif.

Haqiem Rusli

“Lebih kepada saya mahu menjadi seperti dia. Walaupun kami sama-sama lahir daripada program yang sama tapi mungkin rezeki nyanyian Haqiem lebih ke depan berbanding saya.

 “Tapi saya tak kisah sangat sebab dah nama pun rezeki masing-masing. Buat masa ini pun, saya fokus pada bidang lakonan terlebih dahulu,” kata Afieq kepada mStar Online.

Jelasnya, dia juga tidak kisah jika masih ada yang belum menyedari kehadirannya dalam industri seni walaupun sudah sembilan tahun berada dalam industri.


“Mungkin masih ada yang tak kenal saya tapi bila lihat gambar masa saya kecil, mereka baru teringat siapa saya. Tapi tak mengapa sebab perjalanan karier saya masih panjang.

“Lagipun saya pun sibuk dengan pelajaran dan dalam waktu yang sama masih menerima tawaran berlakon. Insya-Allah saya yakin setiap orang ada rezeki masing-masing,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori