Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

4 Vaksin China Lulus...

BEIJING - China mengumumkan senarai kemas kini empat vaksin yang mendapat kelulusan untuk...

Bantu Tangkis Dakwaan Burukkan...

KUALA LUMPUR - Ahli UMNO dan parti komponen lain Barisan Nasional (BN) perlu...

Imigresen Tahan 5 Warga...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Dua Lelaki Warga Singapura...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga Singapura maut apabila kereta mewah jenis Porsche...

Agama Jadi Mudah: Punca Evangelism Popular

EVANGELIST yang mula bertapak di Malaysia pada dekad 1970-an, kini dilihat sebagai mazhab Kristian paling prolifik dalam kempen penyebaran agama Kristian.

Mengapa Evangelist cepat popular?

Ikuti penjelasan berikut:

Evangelism menerapkan idea penyelamatan agama (religious salvation) yang boleh diperoleh melalui keteguhan terhadap kata-kata Tuhan di dalam kitab Bible.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong Evangelism menjadi popular dan berkembang luas. Antaranya konsep lahir semula (born again) atau diselamatkan (saved).

Berdasarkan laman web PrayerFoundation.com, individu yang sudah baligh harus menerapkan kepercayaan kepada Jesus Christ untuk memperoleh ‘salvation’.

Golongan Kristian Evangelic mempunyai pemikiran yang moden di mana mereka menggunakan pendekatan yang lebih bersandarkan renungan teliti terhadap kehidupan masyarakat kotemporari.

Khutbah mereka juga kebiasaannya fokus kepada perkara harian yang praktikal. Antara topik yang disentuh adalah berkenaan bagaimana menangani kerja, bagaimana menjaga keseimbangan kerja dan keluarga, serta cara membesarkan anak dalam batas yang beragama tetapi moden, dan sebagainya.

Evangelist mempunyai pendekatan tafsiran literalisme yang umum. Di samping itu, mereka tidak mempunyai sebarang ikatan terhadap tradisi, justeru membolehkan individu itu hubungan yang lebih langsung dengan Jesus.

Natijahnya, perhubungan dengan Jesus sama sekali tidak diperantara oleh mana-mana autoriti atau hirarki. Ini menyebabkan Kristian Evangelical tidak terikat dengan banyak amalan ritual.

Kristian Evangelical anggap Bible sumber inspirasi Tuhan kepada manusia. Bible dianggap sebagai suatu yang sempurna dan tulen. Dipetik dari EvangelicalBeliefs.com: “(Bible) is the final authority in all matters doctrine and faith – above all human authority.”


Evangelist percaya hasil Jesus atas salib, melalui kematian dan pengorbanannya adalah satu-satunya sumber penyelamat dan pengampunan dosa umatnya.

Mereka berpendapat bahawa penyelamat diri adalah melalui kepercayaan dan kesetiaan diri terhadap agama itu sendiri.

Evangelical Kristian juga amat bersemangat untuk berkongsi gospel sama ada secara gerakan individual atau melalui misi berorganisasi.

Penekanan diletakkan pada “Great Commission’s call” untuk berkongsi dengan dunia berkenaan mesej salvation melalui Jesus.

Upacara baptis juga dilakukan secara awam dan kadang kala di khalayak ramai bagi tujuan pengakuan iman.

Kristian Evangelic secara langsung telah memperoleh sambutan yang bagus kerana ia telah mempersembahkan suatu kefahaman yang baru dan senang diikuti.

Oleh: Adibah Rafhanah Othman

#LaskarMalaya

Kategori