Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Firma Aeroangkasa China Minat...

BEBERAPA syarikat aeroangkasa China berminat untuk bekerjasama dengan firma Malaysia bagi membangunkan beberapa...

Fahaman Komunis Bunuh Akidah...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendoakan mereka yang...

Terry Bakal Kembali Ke...

LEGENDA Chelsea John Terry akan kembali ke Stamford Bridge sebagai jurulatih selepas ditawarkan...

Mahathir Calon Perdana Menteri...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad menaruh keyakinan mempunyai sokongan majoriti untuk...

Ahli Keluarga Sendiri Rogol Budak 12 Tahun

LIMA lelaki terdiri daripada bapa, datuk dan tiga sepupu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Limbang, hari ini atas 22 tuduhan merogol kanak-kanak bawah umur antara penghujung November 2016 hingga Jun lalu.

Tertuduh yang dituduh merogol mangsa berusia 12 tahun itu terdiri daripada datuk mangsa berusia 72 tahun, ayah (40 tahun) dan tiga sepupu masing-masing berusia antara 16 hingga 21 tahun.

Bagi tertuduh pertama yang juga bapa mangsa berusia 40 tahun, dia dituduh merogol mangsa sebanyak empat kali manakala tertuduh kedua dan ketiga yang juga sepupu mangsa berusia 17 dan 21 tahun masing-masing dituduh merogol mangsa sebanyak tiga kali dan empat kali.

Manakala tertuduh kelima iaitu datuk mangsa berusia 72 tahun dituduh merogol mangsa sebanyak enam kali manakala seorang lagi sepupu mangsa dituduh merogolnya sebanyak lima kali.

Mengikut kertas pertuduhan, semua tertuduh dituduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun di beberapa kawasan berasingan di sebuah kampung di daerah ini antara penghujung November 2016 hingga Jun lalu.

Semua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim manakala prosiding pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Inspektor Mohamad Faris Mohamed Asri.

Mahkamah menetapkan 6 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan, mangsa yang masih bersekolah itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang dilantik Jabatan Kebajikan Masyarakat Limbang. – Harian Metro

Kategori