Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Just how to Write...

Writing a great article isn't an effortless task. If you're experiencing writing an...

Inflasi Malaysia Meningkat 4.4...

KUALA LUMPUR - Inflasi Malaysia meningkat 4.4 peratus kepada 127.9 pada Julai 2022...

Warga KKMM Perlu Siap...

KUALA LUMPUR - Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) perlu membuat persiapan rapi...

JPN Nafi MyKad Perlu...

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu membuat penggantian MyKad dengan Jabatan Pendaftaran...

Akademi Badminton China Latih Pemain Sarawak

KUCHING – Persatuan Badminton Sarawak (SBA) dan Akademi Latihan Badminton Difon-Jooyyume dari Xiamen, China hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk mengadakan latihan bersama.

Presiden SBA, Tan Sri Abdul Aziz Husain menandatangani bagi pihak SBA sementara akademi tersebut diwakili ketua jurulatihnya  Yushen Zheng dengan disaksikan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah.

Abdul Karim berkata beliau kagum dengan atlet China yang negara itu menetapkan piawaian yang tinggi dalam bidang sukan yang mahu dicontohi Malaysia.

“Malaysia memandang tinggi China dan berharap untuk mempelajari daripada mereka bagi meningkat kemahiran dan latihan atlet tempatan.

“Saya kagum dengan tahap disiplin China yang menyebabkan mereka berjaya dalam segenap bidang,” katanya kepada pemberita.


Abdul Karim mengalu-alukan atlet daripada negara lain untuk datang ke Sarawak bagi berlatih dengan atlet tempatan.

Sementara itu Setiausaha SBA, Abdul Hadi Datuk Kadir berkata SBA mengenal pasti beberapa sekolah untuk mengambil pemain muda yang akan mewakili negeri dan negara di masa depan. – BERNAMA

Kategori