Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Pengunjung Hotel Nyaris...

SHAH ALAM : Dua pengunjung sebuah hotel di Seksyen 13 di sini nyaris...

Ketua Wanita PKR Guna...

KUALA LUMPUR - "Jia you jia gui, guo you guo fa," kata Ketua...

KJ Pakai Stoking Lain...

SEBUT sahaja 'tall, dark & handsome' (berkulit gelap, tinggi dan tampan) pasti ramai...

25 Ekor Gajah Berkeliaran...

LAHAD DATU - Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu dalam usaha mengusir semula 25...

‘Jodoh Mira Filzah Tersekat Dalam Kesesakan Jalan Raya’

MIRA FILZAH, nama yang tak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Siapa sahaja yang tidak mengenali gadis manis ini?

Dengan raut wajah yang manis, pasti ramai yang tertarik hati dengan senyumannya. Tapi, adakah hati si manis ini sudah dimiliki oleh mana mana kumbang yang bertuah?

Atau Mira masih lagi mencari kumbang yang sesuai untuk menambat hatinya itu? Sekarang ni, kejayaan kerjaya seni Mira semakin mendapat perhatian umum. Bukan sahaja bergiat aktif dalam lakonan, Mira juga telah melibatkan diri dalam dunia pengacaraan.

Habislah job artis lain lepas ni… Mira pada mulanya popular kerana lakonannya menjadi akak JPJ yang telah membuat ramai netizen sanggup disaman jika ada pegawai JPJ yang secantik sepertinya.

BACA: Mira Filzah Akui Tak Ada ‘Feeling’ Kat Zizan

BACA: Siapa Sebenarnya Gadis JPJ Ini Sampai Ada Rela Disaman?

“Fokus saya kini untuk memastikan nama terus kekal relevan kerana tidak dapat mengagak apakah yang akan berlaku pada masa depan. Jadi saya hanya mampu teruskan apa yang sudah dibina dan kukuhkan jenama saya supaya terus berkembang,” katanya memetik Harian Metro. 

Mira juga telah menjalankan business shawl di bawah jenamanya sendiri, MFshawls serta produk kecantikan, MORA Skincare & Beauty. Nampaknya si manis ini semakin membina nama di dalam industri seni serta mahu menjadi usahawan yang berjaya.

Pemilik nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman mengatakan bahawa dia sememangnya ingin menamatkan zaman bujangnya.

“Saya teringin akhiri hubungan cinta dengan baik, tetapi masih menunggu. Tidak guna untuk mendesak membuat keputusan demi kesenangan hati pihak lain. Saya percaya masa itu akan tiba jua, cuma bukan sekarang.


“Lagipun, tiada apa yang perlu dirahsiakan apabila bergelar anak seni. Lambat-laun peminat dapat hidu juga dengan siapa saya berkawan,” katanya.

Mira, 24, dikatakan tidak kisah apabila sering ditanyakan soalan mengenai jodoh oleh sanak saudara terdekatnya.

“Saya tidak pernah tolak untuk berkasih-kasihan, saya juga tidak tolak untuk ke jenjang pelamin pada bila-bila masa. Cuma jodoh saja belum tiba. Barangkali perjalanannya tersekat akibat kesesakan jalan raya,” gurau Mira.

Walaupun sebelum ini Mira dikatakan sedang menjalin cinta dengan pelakon hebat, Zizan Razak tetapi Mira telahpun menafikan isu itu pada masa yang lalu.

Apa pun, selamat diucapkan kepada Mira. Semoga dia terus maju di dalam apa jua bidang yang diceburinya dan semoga dia dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik.

Bukan apa, Mira ni bukan calang-calang orangnya okay… Dia ini umpama beauty with brain!MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Kategori