Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Alhamdulillah, Vokalis Sakura Band...

ALLAH SWT berfirman “Wahai hamba-hambaku, kalian semua tersesat kecuali orang yang Aku beri...

Misi Flotilla Dijangka Tiba...

PELABUHAN KLANG - Kapal Nautical Aliya yang digunakan untuk misi kemanusiaan 'Flotilla For...

Tak Tahan Bau 100...

GUADALAJARA - Pihak berkuasa Mexico berusaha mencari sebuah parkir kosong semalam untuk menempatkan...

Video: Bukan Nak Beli...

KUALA KUBU BARU - Berhati-hati jika berhadapan dengan individu yang mencurigakan terutama jenis...

Masalah Utama Rumah Mampu Milik Dikaji

KUALA LUMPUR – Jika isu perumahan mampu milik perlu diselesaikan, semua pihak perlu jelas mengenai punca utama isu tersebut dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membantu mereka yang terbabit, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM berkata demikian dalam kenyataan dengan merujuk kepada laporan media mengenai gesaan untuk mengkaji semula kriteria pinjaman perumahan bagi bakal pembeli rumah mampu milik.

“Komen yang dibuat oleh sesetengah pihak telah menimbulkan kekeliruan dan tidak berdasarkan kepada fakta dan maklumat sebenar,” katanya, sambil menambah, pembeli rumah yang layak akan terus mendapat akses kepada pembiayaan.

BNM berkata dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2017, sebanyak RM40 bilion pinjaman perumahan telah diluluskan kepada lebih 152,000 peminjam, dan tiga perempat daripada mereka ialah pembeli rumah kali pertama.

“Kadar kelulusan pinjaman perumahan juga stabil pada 74 peratus,” menurut bank pusat itu.

Bank juga telah memperkenalkan penyelesaian pembiayaan yang lebih fleksibel untuk meningkatkan kemampuan membayar hutang, seperti yang ditawarkan untuk perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia.

BNM berkata pinjaman perumahan terkumpul terus mengatasi pertumbuhan pinjaman keseluruhan, dengan kadar tahunan meningkat sebanyak 8.6 peratus kepada RM493 bilion pada akhir Mei 2017.

Garis panduan pembiayaan yang bertanggungjawab diperkenalkan untuk melindungi kepentingan peminjam dengan memastikan peminjam berupaya untuk melunaskan obligasi kewangan mereka, katanya.

“Institusi kewangan akan menawarkan pembiayaan kepada semua peminjam yang layak dan hanya akan menolak permohonan pinjaman oleh pemohon yang jelas tidak mampu untuk menanggung lebih banyak hutang dan mempunyai sejarah pembayaran kredit yang buruk.


“Perlu diingatkan bahawa perniagaan teras institusi perbankan adalah untuk menyediakan pembiayaan.

“Berdasarkan kepada perbincangan dengan institusi perbankan, kebanyakan pinjaman perumahan yang tidak diluluskan oleh institusi perbankan melibatkan peminjam yang mempunyai paras obligasi hutang sedia ada yang tinggi, yang akan mendedahkan mereka kepada risiko kewangan yang teruk jika dibebankan lagi dengan hutang,” kata BNM.

Bank pusat itu berkata bagi peminjam sedemikian, risiko perampasan rumah adalah sangat tinggi dan mereka berkemungkinan besar menghadapi masalah kewangan sekiranya berlaku kejutan terhadap pendapatan atau perlu menanggung perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Menurut BNM, penyelesaian terhadap isu rumah mampu milik perlu meliputi usaha untuk menangani kekurangan bekalan rumah mampu milik dan harga rumah yang tinggi berbanding pendapatan.

Berdasarkan kepada data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, kurang 30 peratus daripada rumah baharu yang dilancarkan pada 2015-2016 adalah rumah berharga kurang daripada RM250,000, berbanding 70 peratus dalam tempoh 2008-2009.

Kemampuan untuk memiliki rumah tidak banyak berubah seperti ditunjukkan oleh purata harga rumah kebangsaan yang kekal pada 4.4 kali pendapatan median (julat bagi tahap mampu milik ialah 3.0 dan kurang), dengan beberapa negeri utama dan pusat bandar mencatat penurunan dalam tahap mampu milik.

Oleh itu, pemaju perumahan bersama pihak berkuasa dan pihak berkepentingan yang berkenaan perlu meningkatkan usaha untuk mengurangkan kos dan menambah bekalan rumah dengan segera, kata BNM. -BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BNM

Kategori