Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemilik Kedai Runcit Ditahan...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan seorang pemilik kedai...

UMNO Selangor Terima Senarai...

TANJONG KARANG: UMNO Selangor sudah menerima senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihan...

Graduan Perlu Mahir Berbahasa...

PADANG BESAR - Para graduan disaran agar memahirkan diri mereka dengan kemampuan berkomunikasi...

Kisah Ngeri Hidup Dengan...

SIAPAKAH antara anda semua ada pengalaman memiliki jiran yang membuatkan hidup anda umpama...

Aktor Veteran Osman Zailani Meninggal Di Singapura

SINGAPURA – Pelakon veteran terkenal, Osman Zailani akhirnya meninggal dunia pada lewat Selasa dalam usia 85 tahun, menurut laporan disiarkan stesen tempatan Channel NewsAsia.

Khabar sedih itu disampaikan oleh cucu beliau, penyanyi Hady Mirza, menerusi laman Facebooknya. Allahyarham diingati di Malaysia kerana pernah membintangi drama bersiri popular PJ Holdings pada awal dekad 1980-an.

Program terbitan stesen RTM itu menyaksikan allahyarham memegang watak hartawan bernama Johan dan drama tersebut sebenarnya diadaptasi daripada siri popular kisah taikun minyak Amerika Syarikat ketika itu iaitu Dallas.

Drama kekeluargaan tersebut turut mengangkat populariti aktres cilik ketika itu, Melissa Saila apabila memegang dua watak iaitu anak Johan, Puspa dan kembar angkatnya, Juriah yang menjadi judul kepada program berkenaan.

Hady menerusi catatan akaunnya menulis: “Salam semua. Datuk saya sudah kembali ke rahmatullah jam 9.30 malam tadi (4 Julai) di KTPH. Mohon sedekahkan al-Fatihah (Mohammad bin Kechut aka Osman Zailani).”

Agensi berita tempatan MediaCorp dimaklumkan, jenazah Osman Zailani dibawa pulang dari Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) ke kediaman keluarga allahyarham di Yishun. Jenazah dikebumikan selepas solat Zohor pada Rabu.

Osman Zailani bergambar dengan Hadi Mirza ketika cucunya itu berkahwin pada 2014.

Pada 30 Jun lalu, sumber-sumber yang rapat dengan keluarga allahyarham Osman Zailani pernah memberitahu pihak MediaCorp bahawa aktor veteran tersebut sebenarnya sudah pun terlantar sakit teruk selama 18 hari.

Allahyarham kemudian dimasukkan ke KTPH dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 23 Jun lalu. Beliau namun meminta gambar dirinya yang dalam keadaan sakit itu tidak pula dimuat naik ke media sosial.


Osman Zailani mewarnai industri seni cereka layar Singapura dan negara jirannya, Malaysia menerusi pelbagai drama dan filem, antaranya ialah Banting (2014), Suratan Kasih (1995) dan Sesejuk Airmata Ibu (1981).

Pada tahun 2013 lalu, beliau pernah dinobatkan dengan meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam watak Pembantu bagi Drama Khas berjudul Terbelenggu, menerusi acara Pesta Perdana 12 di republik tersebut.

Allahyarham juga antara segelintir pelakon tempatan berbakat besar yang berjaya mendapat perhatian penerbit dan pengarah cereka antarabangsa, malahan beliau pernah berlakon dalam siri drama dan filem Hollywood.

Pada tahun 1979, beliau dipilih untuk menjayakan watak sebagai Ong Lee dalam siri drama penyiasatan televisyen popular Hawaii Five-O dan juga karakter Bob dalam filem Saint Jack. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori