Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRK Seri Setia: PH...

PETALING JAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa supaya tidak bermain dengan emosi...

Sekitar 300 Juta Penghidap...

PARIS - Sekitar 300 juta orang di seluruh dunia hidup dengan virus maut...

Malaysia Wajib Amal Islam...

KUALA LUMPUR - Masyarakat Malaysia mesti mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka kerana...

RM33.4 Bilion Bagi Projek...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM33.4 bilion atau 48.48 peratus, daripada RM69 bilion yang...

Aliff: Bella Sudah Maafkan Saya, Mahu Mula Hidup Baru

PENYANYI Aliff Aziz menyatakan isterinya, Bella Astillah sudah pun memaafkannya berikutan kontroversi melibatkan rumah tangga mereka.

Aliff juga melahirkan kesyukuran selepas dibebaskan daripada tahanan polis, Sabtu lalu dan berhasrat untuk memulakan hidup baru bersama isteri dan anaknya, Mohamad Ayden Adrean.

“Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku.

“Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap.

“Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya.

“Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.

“Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan,” kata penyanyi berusia 26 tahun itu seperti yang dilaporkan Harian Metro.


Kes Aliff-Bella-Afifah menjadi hangat apabila Bella dipercayai ‘menyerang’ suaminya dalam sebuah bilik karaoke bersama pelakon baru, Afifah Nasir di Cheras, Khamis lalu.

Dalam insiden itu, berlaku sedikit pergelutan sehingga Bella tercedera di bahagian muka dan lututnya.

Susulan itu, Aliff telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 2 pagi, Jumaat lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori