ARTIS tinggi lampai ini sangat dikenali di tanah air kita. Namun awal hari ini Mohamad Aliff Aziz atau dikenali sebagai Aliff Aziz, 26, telah ditahan pihak polis kerana memukul isterinya, Bella.
Belum lagi habis daripada tempoh berpantang, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabella Awang Astillah, 23, dikatakan telah dipukul oleh suaminya sendiri di Taman Shamelin, Cheras semalam.
Bella dikatakan mengalami kecederaan di bahagian muka dan lututnya. Ketika kejadian itu berlaku, Bella ditemani ibunya ke pusat karaoke berkenaan kerana telah mendapati suaminya sedang bersama dengan wanita lain.
Siapa yang tidak bengang apabila laki sendiri didapati keluar dengan perempuan lain kan. Isteri tengah dalam pantang lagi awak sudah buat hal kan?
Bella tanpa berfikir panjang telah mengambil gambar suaminya dan wanita tersebut sebagai bahan bukti kemudian menyerang suaminya itu.
Tapi Aliff sendiri telah bertindak kasar dengan merampas telefon Bella dan memadam semua gambar yang telah diambil olehnya. Aliff dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu.
Aktor kelahiran negara kota singa itu akhirnya telah ditahan awal pagi Jumaat dan dibawa ke lokap Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Yang lebih mengejutkan lagi ialah wanita yang dimaksudkan dalam insiden itu ialah Afifah Nasir, iaitu adik kepada pelakon popular, Anzalna Nasir.
Wowww makin hangat cerita ni. Tapi bukan ke Afifah tu dah ada boyfriend? Tunangnya pun boleh tahan kacak jugak kan?
Mungkin kerana terkejut dan tambah pula dengan rasa malu, Aliff dikatakan telah campak telefon itu ke wajah isterinya sendiri! Oleh sebab tu lah Bella mengalami kecederaan di muka serta lututnya. Alahai kesiannya Bella…
Tapi bukan ke sekarang ni Aliff dan Afifah digandingkan berlakon dalam satu drama iaitu Izinkan Aku Mencintaimu? Diharapnya ini bukan cinta lokasi macam yang sering dialami oleh sesetengah artis lah kan.
Menurut salah seorang daripada krew produksi tersebut, Aliff dan Afifah sebenarnya ada scene di pusat karoke tersebut. Dan Bella sampai di situ beberapa minit sebelum krew yang lain sampai.
Disebabkan kes ini, ramai netizen telah ‘mengamuk’ di laman Instagram Aliff dan Afifah. Semuanya mengecam dan mengutuk tindakan biadab mereka ini kerana menganiaya Bella yang masih dalam berpantang.
Akibat sudah tidak tahan dengan mulut becok netizen ni, Afifah telah tampil memberi penjelasan lanjut sebelum semuanya meleret lebih panjang.
“Saya masih terkejut. Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak betul. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan.
“Saya sedar ramai yang menyalahkan saya sekarang. Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang ulasan lanjut.
“Apa yang pasti, saya tidak akan membuat perkara yang menjatuhkan nama sendiri dan keluarga,” katanya dipetik laporan dari Berita Harian.
Aliff dan Afifah juga telah menutup ruangan komen di laman Instagram masing-masing. Tapi walaupun dah tutup, ada jugak netizen joyah yang menyibuk nak cakap itu ini dekat ruangan komen gambar lain.
Heyyy! Diam-diam sudah lah jangan menyibuk. Tak habis dekat Instagram Afifah, kekasih hatinya, Wan Ariff juga diserang oleh netizen.
Adakah ianya benar Aliff curang ataupun mereka memang ke situ untuk tujuan kerja? Tapi boleh fikir logik jugak, kalau nak curang, takkan nak curang pergi pusat karoke siang hari kan?
Atau mungkin ini yang kita panggil angin orang berpantang. Biasalah, orang tengah pantang kan emosinya terganggu. Semua benda tak kena bagi dia.
Harapnya perkara ni dapat diselesaikan dengan segera. Aliff dan Bella pun baru saja menimang cahaya mata yang diberi nama Ayeden Adrean yang masih berusia 21 hari itu.
Kasihan si anak baru lahir dan masih tak tahu apa-apa. Diharap juga para netizen yang lain supaya jangan nak sibuk komen itu ini kalau awak semua tak tahu cerita sebenar. Jangan keruhkan lagi keadaan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah