KITA rehat sekejap dengan story kontroversi pasal Aliff Aziz yang tengah panas. Jom sekarang kita beralih pula kepada seorang lagi Aliff iaitu Datuk Aliff Syukri Kamarzaman pulak.
Sebelum ni kecoh la jugak apabila jutawan kosmetik ini memuat naik video dia dan keluarganya sedang makan di tepi jalan. Ketika kejadian, Aliff Syukri sedang bercuti dengan ahli keluarganya di sebuah negara Eropah.
Baca: ‘Terlajak Laris’ Makan Tepi Jalan, Chef Wan Tampil Menegur
Dia dikatakan telah dihalau dari sebuah restoran mewah di sana kerana membawa makanan luar. Sebabkan dekat sana susah untuk dapatkan kedai makan yang halal, keluarga ini telah membawa bekalan makanan dari rumah tumpangan yang disewa mereka.
Selepas dikritik oleh cef selebriti tempatan, Chef Wan, Aliff telah membalas kenyataan tersebut. Nak tahu apa yang Aliff Terlajak Larik balas? Jom tengok.
Seronok rasanya bila tengok kemeriahan keluarga besar Dato Aliff dan Datin Shahida bercuti sakan di negara Eropah sana.
Bagi yang belum berkesempatan lagi nak berjalan ke sana, boleh lah slow-slow kumpul duit daripada sekarang ya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah