TERDAHULU jutawan kosmetik ini dikecam kononnya membela haiwan eksotik tanpa permit sah. Kini, dikecam lagi ekoran dikatakan menyeksa haiwan tersebut pula!
Apa ceritanya ni?
Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Aliff Syukri telah dikecam netizen menerusi satu posting yang dimuat naik oleh beliau di laman Instagram khas kucingnya, @kucingajaib.
Sesetengah pihak mendakwa beliau dengan sengaja meletakkan kucing tersebut di dalam tandas sempit sekali gus menyeksanya.
Tuduhan tanpa bukti itu telah dibidas oleh Aliff Syukri sendiri menerusi satu video.
Video tersebut menunjukkan beliau sedang berbaring sambil menegur sikap segelintir netizen yang mendakwanya mendera haiwan tersebut tanpa bukti.
Rakaman berdurasi 50 saat itu telah dimuat naik oleh beliau sendiri menerusi laman instagram yang sama.
“Tak pe, saya nak bagitahu dekat korang semua. Dalam dua tiga bulan lagi saya punya resort siap. Sebelum resort saya siap akan ada khas buat rumah Dodi untuk tontonan orang ramai.
“Malah! Dodi ada rumah besar macam dalam zoo. Waktu tu, orang yang kecam-kecam saya tu terbeliak mata,” sindir jutawan kosmetik itu.
Tambah Aliff Syukri, tindakannya menempatkan haiwan tersebut di dalam tandas hanya untuk sementara waktu sehingga resortnya siap. Jabatan Perhilitan sendiri turut sudah dimaklumkan tentang itu.
Beliau turut menyatakan bahawa apa yang penting tandas tersebut adalah selesa dan bersih.
Dodi merupakan seekor kucing daripada berbaka Savvannah Cat. Mamalia comel itu dibeli dengan harga RM30 ribu oleh Aliff Syukri dan dibela sejak April 2016 lagi. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Amy Maizura