SETIAP anak yang dilahirkan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai pemberian-Nya. Anak yang soleh dan solehah adalah anak yang berbakti serta mentaati kedua ibubapa dan ajaran Islam.
Dalam Al-Quran, ayat an-Nisa juga ditegaskan pada ayat 36, yang membawa maksud:
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)”
Sebuah kisah perkongsian oleh Ezzan Suraiya di Facebook yang mana seorang bapa yang telah ditinggalkan oleh anaknya di tepi jalan kerana ‘permintaan’ si bapa untuk berbuat demikian. Logik ke seorang anak tinggalkan ayahnya sendiri di tengah panas terik?
Kejadian dikatakan berlaku berdekatan Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya pada jam 9 pagi semalam.
Pada mulanya Ezzan ingin mengambil anaknya di sekolah dan secara tidak sengaja dia terlihat ‘drama’ sebuah kereta proton Alza berwarna putih menggunakan brek mengejut yang mana kemudiannya kelihatan seorang pakcik tua berkopiah dan membawa beg silang turun dari kereta tersebut.
Gila ke apa turunkan orang tua tu dekat tengah panas macam tu? Tengah jalan macam tu mana ada pondok bas atau tempat berteduh…
Disebabkan rasa curiga dan prihatin, Ezzan berhentikan kereta dan mendekati orang tua tersebut, “Kenapa pak cik turunkan tengah jalan ni, sini tak ada bas lalu, bas stop depan Lim Kok Wing sana.”
Dia cakap, “Anak pak cik turunkan pak cik, awak hantar pak cik balik boleh, Bandar Mahkota Cheras.”
Tak lama selepas itu, kereta Alza yang dinaiki pak cik tadi sudah pun menunggu di bawah bukit.
Sampai sahaja di belakang kereta Alza tu, beberapa orang perempuan sedang menunggu di dalam kereta tersebut.
“Ayah saya ni ego, degil, tak nak dengar cakap orang lain, dia kata dia boleh balik sendiri. Biarkan dia tengah jalan tadi, ego sangat,” luah si anaknya.
“Eh ko ni, tudung je labuh, tapi buat ayah sendiri macam tu, kau tau tak berdosa, kau tak tahu bila ayah ko dah takde. “Ko ni tak fikir kalau tadi aku tengah tekan mintak naik bukit langgar bapak ko, ko dah menyusahkan aku, tak pasal-pasal je, ko ni memang la, ko esok bapak ko mati ko tahu la,” balas Ezzan.
Mungkin sebab rasa malu, si anaknya tu tadi terus ke kereta Ezzan untuk mengambil ayahnya tapi tak boleh dibuka sebab kereta berkunci dari dalam.
“Tolong bukakan pintu ni, pak cik nak tampar dia ni,” pinta si ayah
Katanya punca mereka anak beranak bergaduh adalah disebabkan kunci rumah. Mungkin ada salah faham antara mereka yang tidka mahu diceritakan.
Lepas sudah puas bergaduh, pak cik itu pun bersetuju untuk mengikut anaknya balik. Masuk saja pakcik tu dalam kereta anaknya, terus ayahnya dimarah dengan anak-anak sampai ditunjuk-tunjuk jari ke muka ayahnya tu.
Teruknya perangai anak macam ni. Salah macam mana pun ayah tu, dia tetap ayah awak. Kalau dia tak ada, awak pun takkan wujud. Biasalah ego orang tua, tapi jangan kejam sangat buat ayah macam tu wahai anak…
Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain supaya lebih menghormati ibu bapa kita. Jangan derhaka kepada mereka. Syukurlah masih ada ayah. Jangan menyesal, menangis tak sudah bila orang tua tu dah tak ada nanti. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Ainaa Hafizah