Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tuduh Anwar Main Seks,...

PENULIS blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila...

Pengerusi PH Sarawak Bidas...

KUCHING - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen hari ini membidas...

Pandu Laju Masih Kesalahan...

KUALA BERANG - Memandu melebihi had laju masih antara kesalahan utama dalam Operasi...

PKPD Di Aman Jaya,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di...

Anak Luar Nikah Tak Perlu Berbinkan `Abdullah’

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan bayi pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah berbinkan kepada nama bapanya sendiri.

Menurut beliau, keputusan mahkamah rayuan itu diharap dapat menutup keaiban, memberi peluang insan bertaubat, tidak menghukum anak yang tidak bersalah dan ke arah menghindarkan mentaliti ‘islam agama hukuman’.

“Islam merupakan rahmat untuk sekalian alam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Mynewshub semalam melaporkan bayi pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah sama ada akibat zina atau rogol kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan kepada nama bapanya sendiri.

Panel hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mencapai keputusan penting tersebut ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun dan ibu bapanya.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.


Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ā€˜Abdullahā€™ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran.

Media tempatan melaporkan bahawa ibu dan bapa kepada kanak-kanak tersebut masing-masing bertindak sebagai perayu kedua dan perayu ketiga, serya kedua-duanya beragama Islam telah bernikah pada 24 Oktober 2009.

Keputusan terbaharu oleh panel hakim Mahkamah Rayuan itu dilihat bertentangan dengan pandangan dikeluarkan pihak Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori