Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Harus Setia...

PUTRAJAYA - Anggota perkhidmatan awam harus berpegang pada prinsip taat setia yang tidak...

Mat Sabu Kata Pakatan...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan tetap meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil...

Nooryana Bidas Permata Jadi...

KUALA LUMPUR - Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,...

Elyana Pakai Tudung Setiap...

PENYANYI dan pelakon Elyana mengambil pendekatan cuba menggenakan tudung pada setiap hari Jumaat...

Anggota JKKK Sabah Sertai Program Tadbir Urus Desa

KOTA KINABALU – Seramai 501 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sabah termasuk Labuan menyertai Program Sijil Tadbir Urus Desa selama tiga hari, mulai semalam, bertujuan mempertingkat pengetahuan, kemahiran dan kecekapan tadbir urus kampung.

Anggota JKKK yang menyertai program kursus dan latihan itu masing-masing dari daerah Papar, Penampang, Tamparuli, Putatan, Tuaran, Kota Belud, Kota Kinabalu, Membakut dan Labuan.

Program yang merupakan inisiatif Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu dilaksanakan oleh Institusi Kemajuan Desa (Infra) dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebagai usaha memperkasa kepimpinan dan meningkatkan profesionalisme JKKK.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata program seumpama itu adalah pertama kali diadakan di Sabah dan merupakan peluang besar untuk anggota JKKK di negeri ini menambah ilmu menerusi modul disediakan seperti pelan strategik desa, pentadbiran desa, pengurusan kewangan, pemantauan projek dan keusahawanan.

“Program ini memberi manfaat besar kepada JKKK bagi memastikan mereka lebih efisien ketika menjalankan tugas masing-masing dalam mentadbir urus kampung, bersesuaian dengan peranan mereka selaku pemimpin di peringkat akar umbi.

“Ini adalah fasa pertama (di Sabah) dan saya telah minta kepada kementerian untuk menganjurkan lagi program seumpama ini supaya lebih ramai pengerusi JKKK (di Sabah) mendapat peluang menyertainya,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dalam ucapannya berkata, KKLW akan terus komited dalam memperkasa kepimpinan sekali gus meningkatkan kompetensi pengerusi serta anggota JKKK menerusi pelaksanaan program Sijil Tadbir Urus Desa mulai tahun ini hingga akhir 2018.


“Program ini bertujuan melahirkan kepimpinan JKKK yang profesional sekali gus langkah proaktif untuk memastikan kepimpinan JKKK tidak diperlekeh kerana mereka adalah individu sangat penting di peringkat akar umbi,” katanya.

Ismail Sabri berkata mereka yang telah menamatkan program tersebut bakal menerima sijil yang akan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ogos ini, serentak dengan penyampaian Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan 2017 di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, program berkenaan telah diadakan di Semenanjung membabitkan Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Timur, selain penganjurannya turut diperluas ke Sarawak.

Pada majlis itu, Musa turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Desa Perdana 2017 peringkat Zon Sabah dan Labuan.

Johan bagi Zon Sabah disandang Kampung Merampong, Keningau; naib johan Kampung Sugiang Tengah, Tenom; tempat ketiga Kampung Seganga, Lahad Datu; manakala Zon Labuan pula johan disandang Kampung Layang-Layangan; Kampung Sungai Miri (naib johan); dan tempat ketiga Kampung Lubok Temiang. – BERNAMA

Kategori