Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cuaca Panas Di Sabah...

KOTA KINABALU - Cuaca panas dan kekurangan hujan dialami Sabah ketika ini dijangka...

Hishammuddin Ikrar Tidak Akan...

MARUAH... Di sebalik tohmahan jahat yang mendakwa konon beliau ketua geng lompat parti,...

Suasana Politik Negara Sekarang...

SHAH ALAM - Perkembangan politik negara mutakhir ini didakwa penuh dengan permainan, ekstrem...

183,433 Pencari Kerja Berjaya...

PUTRAJAYA — Sebanyak 183,433 pencari kerja berjaya ditempatkan dalam pelbagai kategori pekerjaan sepanjang...

Anggota SRS Diminta Bantu Polis Kurangkan Jenayah

KOTA BHARU – Kira-kira 100,000 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) di seluruh negara diminta memainkan peranan lebih aktif sebagai rakan strategik kepada pasukan polis bagi mengurangkan kegiatan jenayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata mereka boleh melaksanakan pelbagai program dengan melibatkan masyarakat di kawasan masing-masing bagi mencapai matlamat tersebut.

“Bagi mengekal dan menurunkan kadar jenayah ke paras yang lebih rendah adalah amat mencabar memandangkan ekspektasi dan harapan yang diletakkan oleh rakyat di bahu kerajaan amat tinggi.

“Cabaran terbesar bukan hanya meneruskan momentum ini tetapi memastikan masyarakat terus merasa selamat dan sejahtera,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Muhibbah dan Jom Ronda Perdana Daerah Kota Bharu di sini malam tadi.

Beliau berkata sehingga Mei lepas, terdapat 4,959 SRS yang ditubuhkan di bawah 7,821 kawasan Rukun Tetangga (RT) di seluruh negara.


“Bagi mencapai hasrat tersebut (mengurangkan jenayah), generasi muda perlu turut dilibatkan secara lebih meluas dengan menjadi anggota SRS dan memberi peluang kepada mereka untuk berganding bahu dengan kepimpinan utama RT sebagai langkah mengalih perhatian daripada menjalankan perkara yang tidak berfaedah,” kata Kurup.

Sementara itu, beliau berharap RT yang mempunyai keanggotaan lebih 196,000 orang di seluruh negara dapat menganjurkan pelbagai program bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Baharin Idris dan Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hasan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SRS

Kategori