Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahmud Abu Bekir Diperintah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan anak Yang...

“Saya Dengan Ayah Baik-Baik...

PENYANYI baharu, Syafiq Farhain yang juga merupakan anak kepada penyanyi Saleem memberitahu hubungannya...

Anggota SWAT Wanita Dinobatkan...

WAJAHNYA cantik dengan kulit mulus, bentuk badan yang menarik dan persis bintang filem...

Kekosongan Jawatan Guru Besar...

BUKIT MERTAJAM - Kekosongan jawatan guru besar di 14 buah Sekolah Jenis Kebangsaan...

Askar AS Di Hawaii Ditahan Sokong Daesh

LOS ANGELES – Seorang anggota tentera berusia 34 tahun, ditahan kerana didakwa cuba memberi sokongan berbentuk material dan latihan kepada kumpulan pengganas Daesh, menurut FBI lapor agensi berita China, Xinhua.

Menurut laman web News Now Hawaii , suspek dikenali Ikaika Erik Kang, ditahan ejen khas FBI dan SWAT pada Sabtu malam di apartmennya di Honolulu, Hawaii.

Kang bertugas sebagai pengendali kawalan trafik udara tentera Divisyen Infantri ke-25 yang berpangkalan di Schofield Barracks di Honolulu.

Suspek pernah dihantar ke Iraq pada 2010 dan berkhidmat di Afghanistan pada 2014.

Ejen Khas FBI Honolulu, Paul D. Delacourt berkata, pihak berkuasa percaya suspek bertindak sendirian dan tiada kaitan dengan pihak lain yang boleh mengancam Hawaii.


“Kang telah disiasat Tentera Amerika Syarikat dan FBI selama lebih setahun,” kata Delacourt.

Kang dijadual hadir buat pertama kali ke mahkamah persekutuan di Honolulu pada Isnin petang. – BERNAMA

Kategori