Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Raja Ema Selesa Dipanggil...

TAMPIL berkeyakinan dengan imej baharu, pelakon dan penyanyi Raja Ema Raja Ibrahim akui...

Hukuman Sebat Di Tempat...

KOTA BHARU – Hukuman sebat di tempat umum bagi negeri Kelantan akan dilaksanakan...

Buat Permohonan Dan Setuju...

PUTRAJAYA – Ibu bapa yang ingin mendaftarkan nama anak mereka dengan nama yang...

500 Asnaf Sekitar Sik...

SIK - Nasib 500 keluarga asnaf di sekitar daerah Sik mendapat perhatian apabila...

Angka Maut Akibat Hujan Lebat Jepun Meningkat

TOKYO – Jumlah kematian akibat hujan lebat di barat daya Jepun minggu lepas, kini meningkat kepada 21 orang, menurut seorang pegawai tempatan pada Isnin lapor agensi berita China Xinhua.

Media tempatan melaporkan, lebih 2,000 anggota pertahanan bersama pasukan penyelamat tempatan masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat di wilayah Fukuoka dan Oita.

Kira-kira 180 penduduk terputus hubungan manakala 1,700 lagi terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan.

Sementara itu di wilayah Fukuoka, seramai 20 penduduk dilaporkan masih hilang.


Pada Sabtu, polis menemui lima mayat di Laut Ariake akibat dihanyutkan arus deras sementara pada Isnin satu mayat ditemui di sebatang sungai di Asakura satu daripada kawasan paling teruk terjejas.

Kementerian Tanah dan Pengangkutan berkata, kejadian tanah runtuh turut berlaku di 41 lokasi dan air di beberapa batang sungai di 38 kawasan dilaporkan melimpah. – BERNAMA

Kategori