KALAU lahir pada 31 Ogos, kita panggil Anak Merdeka. Tapi kalau lahir kebetulan sama tarikh dengan bapanya mungkin boleh dipanggil anak bapak ke?
Namun selamat diucapkan kepada angkasawan negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 45, dan pasangannya Dr. Halina Mohd Yunos yang telah menimang sepasang kembar pada pukul 10.05 pagi semalam.
Kelahiran kali ini pada 27/7/2017 juga dikatakan berkongsi tarikh lahir dengan Sheikh Muszaphar sendiri iaitu pada 27/7/1972. Kalau yang ni mesti boleh kita panggil anak ayah lah kan?
Pasangan doktor ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 yang lalu serta dikurniakan dua anak perempuan, Sophea Isabella dan Sophea Natasha. Termasuk kelahiran terbaru ini, mereka telah dikurniakan seramai empat orang anaj iaitu dua perempuan dan dua lelaki. Meriah sunguh keluarga ni nanti
Sebelum ini, Halina juga mendapat liputan media tempatan kerana telah memilih untuk melakukan kaedah bersalin di dalam air yang dikatakan kurang sakit dan lebih natural.
Kali ini Halina telah melahirkan secara normal kedua-dua pasangan kembar ini.
Dengan penuh keterujaan dengan kelahiran kembar sulung itu, Sheikh Muszaphar telah memuat naik gambar kembar ini menerusi akaun Instagramnya semalam.
“Terima kasih atas ucapan semua. Alhamdulillah, bayi kembar kami memilih untuk melihat dunia hari ini.
“Kami bersyukur atas kelahiran kedua-dua cahaya mata kami pada pukul 10.05 pagi,” tulis Sheikh Muszaphar.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan doktor ini di atas kelahiran orang baharu di dalam keluarga mereka. Semoga dengan kelahiran kali ini akan diberi limpahan keberkatan oleh Yang Maha Esa. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah