Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Piala AFF: Jurulatih Singapura...

SINGAPURA - Ketua jurulatih Singapura, Bernd Stange sudah memulakan perang psikologi apabila berkata...

273 Individu Ditahan Guna...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menahan 273 individu kerana menggunakan kad...

Saranan ‘Masak Sendiri Elak...

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan meminta semua pihak berhenti memanipulasikan kenyataannya yang...

Pribumi Bersatu Malaysia Parti...

MENURUT sumber Free Malaysia Today, parti baharu yang bakal dinaungi bekas perdana menteri,...

Anis Seronok Dipanggil ‘Mummy’ Oleh Anak Tiri

PELAKON dan penyanyi Anis Al-Idrus sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada anak suaminya, Mohd. Rafzan Nurhikmal Abdul Halim.

Kata Anis, dia sudah sedia maklum status pasangannya yang merupakan duda anak satu dan sangat rapat dengan anak lelakinya, Aidil Ilham Rafiq.

Baca: Pilih Duda, Anis Al-Idrus Bakal Diijab Kabul 7 Julai

“Sebelum kahwin lagi saya memang sudah maklum status Rafzan dan tidak mempunyai masalah untuk menjaganya.

“Lagipun saya dan anaknya memang sangat rapat. Kalau dulu sebelum kahwin dia panggil ‘aunty’, tapi sekarang jadi ‘mummy’ lah,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Bercerita mengenai perkahwinannya, Anis berkata walaupun detik perkenalan mereka agak singkat namun dia bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima seorang lelaki memahami seperti Rafzan.

“Insya Allah, terus doakan untuk kami, kita tidak tahu apa perancangan yang dah ditetapkan oleh tuhan terhadap perjalanan hidup kami.


“Alhamdulillah, walupun kami berkenalan hanya tujuh bulan namun saya yakin ini jodoh saya sebab Allah bukakan hati saya untuk menerima kehadiran dia.

“Saya harap suami mampu menyayangi saya selamanya,” ujarnya. Baguslah kalau macam tu. Bukan semua ibu tiri sayangkan anak suaminya daripada perkahwinan terdahulu, kan? – MYNEWSHUB.CC

Kategori