Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Kekal Pertahan...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) malam ini mengumumkan beberapa menteri dan timbalan...

TV3 Bayar Ganti Rugi...

PUTRAJAYA ā€“ Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) membayar...

Lelaki Hubungi Bekas Kekasih...

HANYA kerana mahu bekas kekasihnya mengucapkan terima kasih kerana membaiki pangsapuri kediaman mereka,...

Golongan Tercicir Vaksin Akan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan berusaha mengenal pasti golongan tercicir daripada mendapatkan...

Anjing Dari Luar Negara Dipercayai Punca Rabies

MARANG – Anjing dari luar negara dipercayai antara punca penyebaran Rabies atau penyakit anjing gila di Kuala Sepetang, Taiping, Perak kata Menteri Pertanian dan Industri Asas TaniĀ Datuk Seri AhmadĀ Shabery Cheek.

Beliau berkata anjingĀ tersebutĀ dipercayaiĀ dibawaĀ masukĀ oleh nelayan asing menerusi bot yang berlabuh di kawasan berkenaan.

ā€œKita dalam proses untuk menjejaki dari mana datangnya anjing-anjing ini agar penyakit ini lebih mudah untuk dikesan dan tidak dinafikan ia agak mencabar. Saya tidak akan bertolak ansur dengan penyakit ini kerana kematian di sebab virus tersebut pada zaman ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan dan tidak boleh diterima.

ā€œSelain itu, cabaran utama kita (tangani Rabies) di Sarawak pula ialah jarak dan sempadanā€¦ kita harus mendapat kerjasama dengan negara jiranĀ Indonesia untuk pergi ke kawasan yang terjejas teruk,ā€ katanya pada sidang media selepas merasmikan Kilang Beras PRM Foods & Marketing Sdn Bhd di Bukit Kor, di sini, hari ini.

Shabery berkata pihak kementerian telah menghantar sebanyak 13,000 vaksin di Sarawak dan Ā 6,000 vaksin ditambah Ā pada hari ini supaya kawasan-kawasan dalam lingkungan pengawasan tersebut diperluaskan.


Sehingga kini, wabak berkenaanĀ telah membunuh empat kanak-kanak di Sarawak dan semalam telah menjangkiti golongan dewasa apabila seorang lelaki berusia 52 tahun disahkan positif virus tersebut. – BERNAMA

Kategori