Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ibu Bapa & Sekolah...

LABUAN - Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa serta pemantauan rapat...

Mata, De Gea Bantu...

MANCHESTER - Marouane Fellaini dan Juan Mata meledak bagi membantu kemenangan Manchester United...

1,000 Murid Miskin Singapura...

SINGAPURA – Seramai 1,000 kanak-kanak dari keluarga susah di seluruh Singapura kini boleh...

Bicara Haniff Khatri Tuntut...

KUALA LUMPUR : Tuntutan saman difailkan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla terhadap BERSATU...

Anjing, Kucing Liar Ditangkap, Diletak Ditempat Khas

KANGAR – Anjing dan kucing liar di Perlis akan ditangkap dan dikurung di sebuah tempat khas sebagai langkah waspada terhadap wabak Rabies yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Mat Hassan berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga serta berusaha memastikan wabak anjing gila itu tidak merebak ke Perlis.

“Kerajaan giat laksanakan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan kesihatan di negeri ini terjamin. Antaranya pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berusaha buat pemantauan terutama ke atas anjing dan kucing liar.

“Sebelum ini, jika terdapat anjing liar yang berbahaya kepada orang ramai, kita akan musnahkan tetapi disebabkan banyak bantahan dari badan bukan kerajaan (NGO), kita hanya menangkap dan menempatkannya di satu tempat pengasingan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada 1 Julai lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa terdapat kes rabies dari Serian, Sarawak yang disahkan melalui ujian makmal pada 30 Jun 2017.


Sehubungan itu, Mat menasihatkan orang ramai agar sentiasa memantau haiwan peliharaan mereka agar tidak terkena penyakit anjing gila itu.

Katanya, tindakan terbaik ialah membawa binatang peliharaan mereka ke pejabat veterinar negeri untuk suntikan vaksin serta mendapatkan lesen pengesahan haiwan itu selamat dipelihara.

Bagaimanapun sehingga kini Perlis yang pernah diserang wabak anjing gila sekitar tiga tahun lepas, disahkan belum ada sebarang kes berkaitan dilaporkan, katanya. – BERNAMA

Kategori